Rabu, 30 September 2015

My Cute Monster Doromi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Sebelum ini, saya telah pun membaca sebuah novel yang telah memberi pelbagai pengajaran kepada saya. Buku apa, ya? Kalau mahu tahu, judulnya ialah My Cute Monster Doromi yang ditulis oleh seorang penulis cilik bernama Adiba Imani dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan buku ternama iaitu PTS Tunas Super.

My Cute Monster Doromi
(Adiba Imani)

Badannya besar, berbulu ungu, dan bertaring tajam. Memakan apa sahaja, termasuk manusia! Semua orang takut akan raksasa itu, yang digelar Doromi. Namun begitu, mujurlah Doromi cuma kisah mitos. Doromi tidak pernah wujud.
Suatu malam, dua orang adik-beradik, iaitu Aiman dan Arinah diculik ketika sedang tidur. Apabila terjaga, mereka mendapati sekeliling mereka sangat aneh. Baru mereka sedar, rupa-rupanya yang menculik mereka ialah raksasa Doromi!
Ibu bapa Aiman dan Arina cemas apabila menyedari kedua-dua anak mereka hilang dari rumah dan tidak dapat dikesan. Pihak polis juga terlibat dalam usaha mencari. Seluruh bandar Limau menjadi kecoh.
Apakah Aiman dan Aiman akan selamar pulang ke pangkuan ibu bapa mereka?
Benarkah raksasa Doromi bengis dan memakan manusia seperti yang dikatakan?

Sesungguhnya, buku ini mengandungi pelbagai pengajaran yang patut kita ambil. Pengajaran yang paling utama, buku ini telah mengajar para pembaca erti kasih sayang antara manusia dan binatang. Lihat sahaja, Doromi sanggup bersusah payah demi Aiman dan Arinah, begitu juga Aiman dan Arinah yang berpenat lelah menghancurkan rancangan Doktor Kassim demi menyelamatkan Doromi. Berdasarkan kisah ini, kita haruslah menyayangi binatang dan haiwan kerana mereka juga mahu hidup seperti kita. Sejujurnya, perkara ini haruslah dititikberatkan oleh setiap manusia, lebih-lebih lagi pada zaman kini kerana kezaliman terhadap binatang semakin berleluasa. Tambahan pula, populasi binatang di dunia ini semakin lama semakin berkurang. Binatang yang dikenali sebagai haiwan terancam juga semakin bertambah bilangannya. Jadi, kita tidak sepatutnya berlaku kejam terhadap haiwan dan binatang. :)

Jadi, marilah kita sayangi binatang dengan menjaganya baik-baik tanpa sebarang kekejaman dan marilah juga kita membeli novel ini di kedai-kedai buku berhampiran dengan harga RM13 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah & Sarawak) atau beli sahaja secara atas talian di sini. ;)

Salam sayangi haiwan,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan