Selasa, 8 September 2015

UPSR: Hari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Pasti semua sudah sedia maklum bahawa tarikh 8 September 2015, Selasa iaitu hari ini ialah tarikh yang telah diisytiharkan sebagai tarikh pertama untuk menjawab soalan UPSR bagi murid-murid yang berada dalam tahun 6, bukan? Jika tidak tahu, nampak sungguh bahawa kamu ini seorang yang langsung tidak prihatin akan isu semasa! >_<

Sebagai seorang murid tahun 6, seperti pelajar-pelajar lain, saya telah mengambil ujian tersebut pada hari ini. Pada hari ini, terdapat 3 kertas soalan yang harus dijawab iaitu Bahasa Melayu: Pemahaman, Bahasa Melayu: Penulisan dan Matematik (Kertas 2).

Seperti hampir semua calon UPSR di Malaysia ini, sudah tentu sekali saya berdebar ketakutan tatkala mahu menjawab satu demi satu soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan. Ini kerana, kata cikgu, 1 markah pun penting kerana boleh membezakan antara kolam A dan kolam B. Contohnya, 79% dan 80%. Walaupun hanya perbezaan 1 markah, tetapi tetap dikategorikan sebagai gred yang berbeza. Jadi, jangan main-main! Jawab betul-betul! ;)

Dimulakan dengan kertas soalan Bahasa Melayu: Pemahaman, soalannya, boleh tahan senang dan boleh tahan sukar. Dalam kertas itu, boleh dibahagikan 60 peratus mudah dan 40 peratus, kerik kerik, perlu berfikir terlebih dahulu. Namun begitu, hanya 2 soalan sahaja yang menjadi kesukaran saya sehinggakan terpaksa meninggalkan soalan itu terlebih dahulu dan melompat ke soalan seterusnya agar tidak membazir masa. Walau bagaimanapun, kedua-dua soalan itu dapat juga dijawab dengan ketidakpastian yang tinggi. :(

Kemudian, selepas rehat, diteruskan pula dengan kertas soalan Bahasa Melayu: Penulisan. Untuk bahagian A dan bahagian B, amat mudah sekali untuk menjawabnya. Gambar untuk bahagian A mujurlah hanya gambar tunggal yang menerangkan aktiviti gotong-royong bagi mengadakan suatu majlis. Pilihan soalan untuk bahagian B pun agak mudah untuk dibuat iaitu karangan berbentuk cerita, karangan fakta dan karangan berformat iaitu laporan. Daripada ketiga-tiga pilihan soalan itu, saya memilih karangan fakta (Kebaikan Menonton Televisyen) kerana saya agak yakin dapat membina karangan lengkap tentang tajuk ini. Namun begitu, untuk Bahagian C, agak menyedihkan. Sungguh sukar sekali untuk mencari nilai murni dalam petikan syarahan yang diberikan. Bukan setakat mahu cari lima, mahu cari satu pun perlu baca petikan dua dan tiga kali. Aduhai, payahnya! Walau bagaimanapun, tetap juga dapat disudahkan bahagian itu dengan hati yang tidak yakin. :(

Selepas itu, bermulalah peperiksaan Matematik (Kertas 2). Soalan yang terkandung dalam kertas soalan itu agaklah senang! Sesenang kacang! Alhamdulillah, dapat juga jumpa soalan yang dapat dijawab dengan yakin! ^_^

Kemudiannya, selepas seharian menjawab ujian, kami semua dibenarkan pulang. Yay! Terasa merdeka walaupun masih lagi berbaki empat kertas untuk hari esok dan lusa. :3

Apa-apapun, semoga saya dan semua calon UPSR 2015 dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan Matematik (Kertas 1) besok. ;)

Salam UPSR,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan