Rabu, 13 Julai 2016

Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Hari ini sudah pun masuk 8 Syawal! Cepat sahaja masak berganjak, sampai saya terus lupa untuk mengucapkan ucapan raya di blog ini. Hoho, apapun, selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang menyambutnya! ^_^

Pantun yang khas didedikasikan kepada semua yang mengenali saya. Jangan curi, tahu! :p

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, saya beraya lagi di kampung kebanggaan saya iaitu di Ayer Hitam, Kedah. Sejujurnya, saya memang kurang suka dengan perjalanan jauh yang memakan masa lebih sejam. Mengapakah pula? Ini kerana, saya mudah pening kepala dan bila-bila masa sahaja boleh muntah tidak semena-mena! >_<

Namun begitu, demi kampung kesayangan, segalanya saya sanggup redahi! Hehe, lagipun, beraya di sini memang seronok yang amat! Di sini, angin raya lebih menyerap masuk dalam jiwa memandangkan kampung saya memang betul-betul kampung! Jauh dari bandar yang hiruk-pikuk. Oh, jadi anak kampung selama tiga hari! :3

The beautiful paddy field. :D

Namun begitu, apa yang paling saya suka, tentulah pemandangan sekeliling yang menghijau. Negeri Kedah ialah negeri jelapang padi. Pasti sekali, sawah padi menghiasi setiap ruang mata. Memang tidak dapat dinafikan, setiap kali memandangnya, tenang sahaja rasa. Segala tekanan boleh terubat setiap kali terpandang sawah padi yang memonopoli kawasan. :)

Berikut merupakan gambar-gambar raya sepanjang di Kedah:-

Raya berlatarbelakangkan sawah padi. ^_^

Siblings' raya. :D

Sepupu-sepupu pun mahu sertai juga! :p

Selepas mengambil gambar selfie dan wefie, barulah raya bermula! Hehe, raya di kampung pun, masih tetap mengekalkan ciri-ciri kemodenan. >_<

With my cousin! ;)

Pada keesokan harinya, saya dan sepupu saya telah memutuskan untuk mengelilingi kampung dengan menunggang motosikal. Hehe, pada hakikatnya, di Kelantan, hendak tunggu setahun sekali pun susah untuk saya membonceng motosikal. Oleh sebab itu, rasa gembira pada tahap maksimum apabila dapat ambil angin dengan menaikinya! :3

Wefie di Banjaran Titiwangsa. :3

Pada hari ketiga, kami sekeluarga perlu bertolak pulang ke Kelantan. Dalam perjalanan pulang, kami telah singgah ke kawasan rehat di Banjaran Titiwangsa. Hoho, siapa sangka, sempat lagi kami bergambar! Maklum sahajalah, latar belakangnya memukau. >_<

Selepas beraya bersama ahli keluarga, pada hari ini, saya telah pun beraya bersama rakan-rakan di sekolah! Berikut gambar-gambarnya:-

Diriku pada pagi 8 Syawal. >_<

Malu hendak bergambar kononnya! :p

Inilah raya pertama saya di SMKA Falahiah. Harapnya, bukan yang terakhirlah. ;)

Salam ketupat dan rendang,