Khamis, 10 September 2015

UPSR: Hari Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Akhirnya, UPSR telah tiba juga pada hari yang terakhir iaitu hari penamat kepada kesengsaraan seluruh murid tahun 6 2015.

Pada hari ini, dimulakan dengan kertas soalan Sains. Untuk kedua-dua bahagian, memang boleh diklasifikasikan sebagai sukar. Memang susah betul saya mahu mencari jawapan antara A, B, C dan D. Apatah lagi mahu menulis bait-bait perkataan yang tidak pasti benar atau tidak untuk bahagian B yang pastinya lebih mencabar. Pada tahun ini, untuk bahagian B, keluar lima tajuk yang tidak disangka iaitu topik pencemaran, topik kelajuan, topik pengaratan, topik buruj dan juga topik teknologi. Dalam kelima-lima tajuk ini, saya yakin lagi pasti bahawa topik teknologi adalah yang paling senang, berbanding tajuk-tajuk lain. >_<

Kemudiannya, diteruskan pula dengan Bahasa Inggeris (Kertas 1). Alhamdulillah, soalan untuk subjek ini agak senang dan hanya beberapa soalan yang agak keliru untuk mencari jawapan sebenar. Tetapi dapat juga menjawab dengan tenang. :)

Selepas itu, Bahasa Inggeris (Kertas 2) pula yang menyusul. Pada UPSR kali ini, bahagian A menampilkan imej di rumah kampung yang bersebelahan dengan pokok rambutan manakala bahagian B pula memberi tiga pilihan permainan yang harus dipilih untuk disertai sempena Hari Kanak-kanak. Bahagian C pula, memberikan empat gambar yang menceritakan tentang seorang budak perempuan yang telah ditimpa malang sepanjang perjalanannya ke sekolah. Walaupun agak sukar untuk menulis karangan untuk bahagian C tersebut, saya tetap berusaha untuk membina ceritanya walaupun tiada isi yang banyak. :(

Akhir sekali, ujian aptitud yang mengakhiri UPSR pada hari ini. Untuk ujian ini, saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana akhirnya, kami semua selaku murid tahun 6 telah pun merdeka. Yay!

Apa-apapun, kepada calon-calon PT3 dan SPM 2015, semoga berjaya untuk peperiksaan tersebut, ya. ;)

Salam merdeka,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan