Dedikasi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Kepada yang baru pertama kali ke halaman serba ungu ini, dengan senyuman ceria, selamat datang ke blog saya!
Kepada yang sudah berkali-kali mengunjungi halaman ini, dengan wajah seceria mungkin, terima kasih banyak-banyak!

Semoga setiap insan yang datang melawat laman blog ini tidak akan pulang dengan tangan kosong semata-mata. Harapnya dapatlah mengumpul sebakul penuh ilmu berguna tatkala mata sedang ralit bergerak ke kiri dan kanan membaca setiap isi yang terkandung dalam blog ini. Sekurang-kurangnya, biarlah pulang dengan sebuah senyuman terukir manis. :)

Apapun, saya amat menghargai setiap orang yang sudi meluangkan masa walaupun sekadar 1 saat sahaja di blog ini. Sesungguhnya, jasamu dikenangku, selamanya! Eh, berdramalah pula! Such a drama king. >_<

Akhir sekali, saya tidak mahu berbicara panjang. Manalah tahu, ada yang sudah mengumpul tahi mata semangkuk ketika membaca setiap butiran ruangan ini. Cuma pesanan saya, kamu semua boleh meneruskan menjelajahi blog ini, itupun, jika mahulah, ya!

_____________________________________________________

Boleh tinggalkan jejak anda di ruangan Chatbox (Cbox) atau Shoutbox, ya! ;)
Jikalau suka akan blog ini, boleh terus follow blog ini! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan