Khamis, 15 September 2016

Sambutan Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Dengan adanya entri ini, saya mahu mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang masih bernafas di bumi milik Allah ini. Syukur kita masih diberikan kesempatan masa untuk menyambut raya korban lagi pada tahun ini. :)

As always, I will go to Kedah for celebrating raya there. Namun begitu, sayang seribu kali sayang, oleh sebab beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, kami sekeluarga perlu beraya di Kelantan, yakni di rumah. Alah, hilang terus angin raya! :'(

Walau bagaimanapun, timbul juga perasaan teruja dalam hati. Eh, tadi kata sedih! Hoho, gembira turut hadir memandangkan sudah lama saya tidak menyambut raya di Kelantan! It has been 3 years since my last raya here. Bayangkan, saya sudah tidak ingat langsung bagaimana keadaan sambutan di sini! Meriahkah? Menyeronokkan, mungkin? Oh, segala memori itu telah terlakar kembali pada raya kali ini. ;)

Selain itu, segala yang berlaku pasti mempunyai hikmah yang tersendiri, bukan? Mungkin awalnya pahit tetapi mustahillah segalanya berturutan sampai akhir adalah malang. Hidup ini bagaikan roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah, dan dari situ, kita perlu teliti dan belajar daripada segala kesilapan. Eh, jadi pakar motivasi pula saya! :3

Hoho, terus terang sahajalah. Sebenarnya, saya telah dijemput oleh Kak Ira (kenalkah? Rujuk di sini) ke majlis kesyukuran dan korban! Memandangkan Kak Ira bernaung di bawah syarikat penerbitan buku kegemaran saya, buatkan saya memang sanjungi beliau dan bersetuju menerima pelawaan itu. Lebih mengujakan, ayah saya mengangguk tanpa sebarang soal jawab. Oh, satu keluarga memang sudah tahu minat saya terhadap syarikat Blink ini! >_<

Selain Kak Ira, Kak Shiela (kenal atau tidak? Rujuk di sini) juga berada di situ pada hari itu! Jadi, memang rugilah jika saya menolak kerana ada dua penulis serentak! Tatkala itu, memang rasa hendak menjerit dan memberitahu satu dunia tentang hal itu. Oh, dahsyat sekali monolog dalaman saya! :p

Berikut gambar-gambar pertemuan kami (sebenarnya banyak tetapi saya kompilasikan dalam satu gambar, jimat ruang :3):-

Ah, sebenarnya ada banyak lagi gambar dalam simpanan! Namun begitu, biarlah gambar-gambar ini sahaja yang dipertunjukkan. (pada hakikatnya, hanya gambar ini dalam simpanan saya dan sebaliknya, semua dalam simpanan Kak Shiela :3)

Memandangkan saya rasa gambar inilah yang paling sempurna, jadi, hanya gambar ini yang saya sudi tunjukkannya tanpa perlu bergandingan dengan gambar-gambar lain. >_<

Ketika majlis itu, banyak perkara yang kami bualkan. Dari hal umum, sampailah mengorek rahsia masing-masing! Antara semua, sayalah yang paling berahsia (I am too secretive :p) dan Kak Shielalah yang paling terbuka. Hoho, saya dapat kutip pelbagai info tentang novel akan datang iaitu Aku Mahu Jadi Travelistar dan Cik Akademik Lawan Samseng Insaf (terutamanya! :3). Namun begitu, biarlah kisah ini menjadi rahsia antara saya dan mereka (berserta penulis-penulis Blink yang lain) sampailah novel ini keluar di pasaran. Jangan lupa beli, ya! ^_^

Oh, tidak lupa, kami juga ada membuat video secara live di laman Facebook Kak Ira! Saya ini manalah pernah berhadapan dengan kamera yang sedang merakam, jadi, berterabur habislah ayat! Hoho, walau bagaimanapun, boleh lihat videonya di sini. >_<

Apabila pulang ke rumah, tugas utama tentulah mengemas kini peristiwa sebentar tadi. Hendak lihat laporan saya tentang peristiwa itu? Alah, tidak perlulah! Peristiwa yang sama, jadi tentulah ayat pun bukan main klise dengan entri ini. :3

Walau bagaimanapun, berikut merupakan pemakluman oleh Kak Ira dan Kak Shiela di Facebook (di Instagram, mohon cari sendiri :p) tentang peristiwa itu:-

Aduhai, malunya! Perlukah dikhabarkan tentang saya yang membawa buku ke kenduri? Alahai, orang hendak makan, saya hendak kumpul tandatangan! Ah, biarlah! Janji dapat juga tandatangan pada akhirnya. >_<

Wah, status yang ringkas tetapi padat! Eh, tetapi sekejap! #EngKuAfiq? Hoho, typo ataupun tidak tahu ataupun memang disengajakan ini? Hehe, tidak mengapalah. Janji boleh disebut sebagai Engku Afiq juga. ;)

Dalam gambar terakhir itu, Kak Shiela ada sebut tentang 24 September. Kenapakah dengan tarikh itu? Mungkinkah beliau akan bertunang? Paling tidak pun, hari masuk merisik! Hoho, jangan salah sangkalah! Beliau hanya akan datang kembali ke Kelantan pada tarikh itu untuk bertemu peminat! Jadi, Blinkers Kelantan, marilah kita bersama-sama membanjiri lokasi untuk menunjukkan sokongan daripada warga Kelantan! Yezza! Hulala!

Boleh ambil maklumat-maklumat penting tentang sesi ramah mesra itu pada gambar ini. ;)

Akhir kata, selamat makan daging, ya! :3

Salam daging yang enak,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan