Isnin, 29 Ogos 2016

Projek: Pembentangan Sejarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Pada tiga minggu yang lalu, guru Sejarah kelas kami telah mewujudkan kelainan yang amat mengejutkan! Siapa sahajalah yang menyangka bahawa markah Sejarah kami pada peperiksaan akhir tahun nanti akan ditentukan juga berdasarkan pembentangan kami! Maka, muncullah bantahan dan bangkangan daripada kami sekelas. Namun begitu, yang pasti menang tentulah guru kami. She always win. >_<

Mahu tidak mahu, kami terpaksalah melakukan pembentangan berdasarkan bab 7 (Usaha Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka) dalam kumpulan yang telah dibahagikan kepada tiga, satu kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. Paling tertekan, ini haruslah dipersembahkan pada minggu hadapan. -,-

Dipendekkan cerita, ketiga-tiga kumpulan berjaya menyudahkan bahan berserta dengan pembentangannya pada minggu yang ditetapkan. Namun begitu, langsung tidak terjangka, kumpulan lelaki terpaksa membuat kembali pembentangan ini. Kenapakah pula? Gara-gara tidak puas hati cikgu terhadap cara pembentangan dan bahan yang kami persembahkan. :'(

Pada minggu seterusnya, guru Sejarah mengkhabarkan bahawa kumpulan lelaki terpaksa bergerak secara individu dalam pembentangan semula ini, dengan topik dalam bab 8 (Kerajaan Negeri-negeri Melayu). Terkejut itu memang terkejut tetapi saya sudah tawar hati untuk memprotes, sebaliknya hanya reda dengan ketentuan ini. :3

Entah kenapa, untuk pembentangan secara individu ini, saya memilih kerajaan Kedah yang merupakan kerajaan yang tua, sedangkan negeri kelahiran sendiri iaitu Kelantan masih belum dipilih. Hehe, rindu akan kampung barangkali. >_<

Thanks to my father for buying the needed things, my mother for drawing Kedah blazon, my second sister for colouring Kedah flag, and especially, my first sister for writing and decorating it. :D

Bahan-bahan untuk pembentangan ini saya siapkan dalam masa lingkungan empat hari, iaitu pada hari Khamis hingga Ahad. Pada keesokan harinya iaitu hari ini, kami akan mempersembahkan pembentangan ini secara individu. Kalut juga saya pada malam terakhir itu. Hoho, itulah, buat kerja saat akhir lagi! >_<

Pada pagi sebelum pembentangan itu, rasa semangat ada kerana kononnya, rasa yang diri sendiri ini yang paling cantik. Oh, perasan sungguh diriku! :p

Namun begitu, selepas melihat hasil kerja rakan-rakan yang lain, berdebar pun ada. Maklumlah, yang saya punya, mungkin cantik (mungkin ditekankan!) tetapi maklumat yang terkandung tidaklah banyak. Itu tidak dicampur lagi dengan cara pembentangan saya. Entah-entah, boleh dihumban masuk ke Laut China Selatan. :3

Walau bagaimanapun, ketika pembentangan, saya beraksi penuh gagap tetapi saya biarkan sahaja. Teruskan sahaja pembentangan dan yakin pada diri sendiri. Alhamdulillah, guru nampak berpuas hati. Rakan-rakan pula mempersoalkan tentang bahan-bahan saya yang langsung tidak nampak seperti hasil kerja seorang lelaki, Hoho, saya ada orang dalam! :3

Selepas pembentangan saya, memang rasa lega yang amatlah, tidak segemuruh tadi. Hendak tonton pembentangan rakan pun tenang sahaja rasa, laksana sungai mengalir. Yes! I have done it. ^_^

Sayang sungguh, hanya dua pembentangan sahaja yang sempat dipertunjukkan pada hari ini. Empat pembentangan lagi akan dilakukan pada minggu seterusnya. Nampaknya, empat orang rakan saya yang lain itu masih berdebar, sebaliknya saya sudah seriang kanak-kanak Ribena! Hehe, kejam betuls saya. Mentang-mentanglah sudah siap. Hoho, gembiranya! :p

Salam penuh kelegaan,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan