Sabtu, 9 Januari 2016

Out Of The Woods

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Sebagai seorang Swiftie (gelaran untuk peminat Taylor Swift), saya akan memastikan segala maklumat terbaharu tentang penyanyi itu akan saya ketahui secepat mungkin, lebih-lebih lagi tentang lagu-lagu baharunya. ^_^

Baru-baru ini, saluran TaylorSwiftVEVO telah memuat naik video muzik terbaharu Taylor Swift. Saya dengan segera memasang lagu itu dan mendengar setiap bait liriknya sambil menghayati videonya. Seperti video muzik Taylor Swift yang lain, saya terus terpesona dengan lagu itu.


Judul lagu itu ialah Out Of The Woods (daripada album 1989) nyanyian penyanyi antarabangsa, Taylor Swift. Taylor Swift yang memang dikenali sebelum ini sebagai penyanyi tersohor seluruh dunia, sekali lagi mencipta sejarah gemilang. Antara lagu Taylor Swift yang telah mencuri minat rakyat Bumi ialah Wildest Dreams, Style dan You Belong With Me.

Kalau mahu tahu, lagu Out Of The Woods ini baru berusia seminggu lebih tetapi yang membuatkan saya kagum, walaupun masih baharu, lagu ini begitu diminati oleh ribuan orang sehingga. Berikut merupakan antara komen yang pernah diberikan oleh peminat-peminatnya.


Selain itu, yang buat saya kagum, walaupun masih baharu, video muzik bagi lagu ini telah menerima jumlah tontonan melebihi 20 juta! Bukan calang-calang penyanyi yang dapat melebihi angka 1 juta, apatah lagi dalam masa seminggu lebih! ^_^

Kepada yang mahu mendengar lagu ini, boleh tekan ini dan selamat mendengar, ya. Alang-alang mendengar, marilah berkaraoke dengan menggunakan lirik lagu tersebut yang saya telah taipkan di bawah ini. Selamat mendengar dan berkaraoke! ;)

_____________________________________________________
Lirik Lagu 'Out Of The Woods - Taylor Swift'

Looking at it now
It all seems so simple
We were lying on your couch
I remember
You took a Polaroid of us
Then discovered (then discovered)
The rest of the world was black and white
But we were in screaming color
And I remember thinking

[Chorus 2 times]

Are we out of the woods yet?
Are we out of the woods yet?
Are we out of the woods yet?
Are we out of the woods?
Are we in the clear yet?
Are we in the clear yet?
Are we in the clear yet?
In the clear yet?
Good

Are we out of the woods?


Looking at it now

Last December (last December)
We were built to fall apart
Then fall back together (back together)
Your necklace hanging from my neck
The night we couldn't quite forget
When we decided (we decided)
To move the furniture so we could dance,
Baby, like we stood a chance
Two paper airplanes flying, flying, flying
And I remember thinkin'

[Chorus 2 times]


(Are we out of the woods?)


Remember when you hit the brakes too soon?

Twenty stitches in the hospital room
When you started cryin', baby, I did, too
But when the sun came up, I was lookin' at you
Remember when we couldn't take the heat
I walked out and said, "I'm settin' you free,
"But the monsters turned out to be just trees
And when the sun came up, you were lookin' at me
You were lookin' at me
You were lookin' at me,
I remember, oh, I remember

[Chorus 4 times]

_____________________________________________________

Salam lagu,



Sabtu, 2 Januari 2016

Pendaftaran Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Pada pagi tadi, saya telah pun mendaftar di sekolah baharu saya yang akan menjadi sekolah menengah saya iaitu SMKA Falahiah yang terletak di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan. Dalam entri sebelum ini (boleh rujuk entri ini), saya telah pun memberitahu yang saya mendapat tawaran persekolahan di sekolah tersebut. Jadi, tugasan terakhir perlu mendaftar sahaja.

Ketika mendaftar, memang malu besar saya dibuatnya apabila ibu saya tidak henti-henti memberitahu guru kelas saya tentang saya. Dari A hingga Z, diceritakan oleh ibu saya. Kalau perkara baik-baik sahaja, tidak mengapa juga tetapi kadang-kadang diselitkan sedikit tentang kelemahan saya. Aduhai, bersabar sahajalah! :3

Selepas mendaftar, saya dan ibu saya duduk di kerusi yang disediakan bagi mendengar taklimat. Pelbagai perkara yang diberitahu oleh pemberi taklimat. Misalnya, tentang kehebatan sekolah dan peraturan sekolah itu. Paling buat saya kagum, daripada ramai yang memohon, hanya 422 sahaja yang layak ke sekolah itu tetapi hanya 200 lebih sahaja tempat kosong yang disediakan. Jadi, sesiapa yang dapat masuk ke sekolah itu merupakan pelajar-pelajar bertuah kerana telah melepasi pelbagai sesi saringan. Alhamdulillah.

Kemudian, pelajar-pelajar dibawa oleh guu kelas masing-masing bagi mengambil buku teks. Begitu terujanya saya apabila kesemua buku teks yang saya dapat merupakan buku teks baharu-baharu belaka. Seumur hidup saya, saya selalu mendapat buku teks lama yang telah digunakan melebihi lima pelajar. :'(

Sepatutnya, para pelajar dibawa ke kelas masing-masing oleh guru kelas tetapi oleh sebab masa agak suntuk, tidak jadilah pula. Jadi, setiap pelajar perlu mencari sendiri lokasi terletaknya kelas mereka ketika sesi persekolahan nanti. Mujur sahaja nama kelas telah diberitahu, jadi, senanglah sedikit mahu carinya besok. >_<

Setelah itu, para pelajar dibenarkan pulang (kecuali para pelajar yang mendapat tawaran asrama). Saya tidak dapat tawaran asrama, jadi, boleh terus pulang. Hore, seronoknya!

Logo SMKA Falahiah. :)

Dalam perjalanan pulang, terdetik dalam hati saya bahawa saya kini bukanlah pelajar SK Islah tetapi kini merupakan pelajar SMKA Falahiah. Secara rasminya, saya telah pun berstatus pelajar sekolah menengah. Alhamdulillah. ^_^

Salam sekolah baharu,



Jumaat, 1 Januari 2016

Tahun Baharu 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Nampaknya, umur kita telah bertambah setahun dek tahun yang juga telah bertukar angka di hujungnya. Itu bermakna, saya bukan lagi pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun tetapi kini bertukar kepada pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun. It is the time to be a matured boy (can I? :3).

Pada tahun yang lalu (walaupun orang kata, perkara yang lalu usahlah dikenang, saya tetap mahu kenanginya juga >_<), saya telah merangka 20 impian 2015. Impian-impian itu telah saya senaraikan dalam salah satu entri saya di blog lama saya (yang telah pun dipadam! Jadi, tidak dapat bacanya :p). Apapun, saya mahu memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana empat daripada 20 puluh impian saya telah tercapai pada tahun lalu. Alhamdulillah! ^_^

Impian-impian yang telah tercapai adalah seperti berikut:-

Alhamdulillah, impian 5A UPSR telah pun berjaya saya capai pada tarikh 17 November 2015. :)

Impian ini sejak 2014 lagi saya tanamkan dalam diri tetapi baru sahaja tercapai pada tarikh 10 Ogos 2015. ^_^

Sudah lama sangat saya mahu bertemu dengan penulis-penulis kegemaran saya tetapi akhirnya, tercapai juga tahun ini. Boleh rujuk entri ini. ;)

Mohon maaf kerana kisah saya menyertai pertandingan ini langsung saya tidak coretkan di blog saya (sehinggalah segalanya dibongkarkan di entri semalam). Apapun, saya tetap gembira kerana telah berjaya menyertai pertandingan ini sehingga peringkat negeri (pusingan 100 terbaik). :D

Walau sekadar empat sahaja, saya tetap teruja kerana mahu capai satu pun bukannya senang. Ada orang, satu impiannya pun tidak menjadi kenyataan. Jadi, saya sepatutnya bersyukur tentang hal ini.

Pada tahun ini juga, saya telah merangka impian-impian baharu (kebanyakan impian adalah sama seperti impian tahun lalu). Yang membezakan impian tahun ini, hanya sepuluh sahaja kerana saya tidak mahulah kecewa berpanjangan pula seandainya impian itu tidak tercapai pada tahun ini. :3

Mahu tahu impian-impian itu? Hmm... tunggu entri akhir tahun inilah, ya. Nanti 31 Disember 2016, saya akan ceritakan dari A hingga Z berkenaan sepuluh impian 2016 ini. (kalau kebanyakan impian tidak tercapai, kemungkinan besar saya tidak akan beritahu langsung!) :3

Walau bagaimanapun, saya tetap berharap yang impian-impian tahun ini akan berjaya dicapai dengan jayanya. Insya-Allah. ;)

Eh, terlupa pula mahu beritahu! Selamat tahun baharu kepada semua yang membaca entri ini. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati-Nya sepanjang hayat. ^_^

Happy new year to all of you that already read this entry. ;)

Salam tahun baharu,