Jumaat, 1 Januari 2016

Tahun Baharu 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Nampaknya, umur kita telah bertambah setahun dek tahun yang juga telah bertukar angka di hujungnya. Itu bermakna, saya bukan lagi pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun tetapi kini bertukar kepada pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun. It is the time to be a matured boy (can I? :3).

Pada tahun yang lalu (walaupun orang kata, perkara yang lalu usahlah dikenang, saya tetap mahu kenanginya juga >_<), saya telah merangka 20 impian 2015. Impian-impian itu telah saya senaraikan dalam salah satu entri saya di blog lama saya (yang telah pun dipadam! Jadi, tidak dapat bacanya :p). Apapun, saya mahu memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana empat daripada 20 puluh impian saya telah tercapai pada tahun lalu. Alhamdulillah! ^_^

Impian-impian yang telah tercapai adalah seperti berikut:-

Alhamdulillah, impian 5A UPSR telah pun berjaya saya capai pada tarikh 17 November 2015. :)

Impian ini sejak 2014 lagi saya tanamkan dalam diri tetapi baru sahaja tercapai pada tarikh 10 Ogos 2015. ^_^

Sudah lama sangat saya mahu bertemu dengan penulis-penulis kegemaran saya tetapi akhirnya, tercapai juga tahun ini. Boleh rujuk entri ini. ;)

Mohon maaf kerana kisah saya menyertai pertandingan ini langsung saya tidak coretkan di blog saya (sehinggalah segalanya dibongkarkan di entri semalam). Apapun, saya tetap gembira kerana telah berjaya menyertai pertandingan ini sehingga peringkat negeri (pusingan 100 terbaik). :D

Walau sekadar empat sahaja, saya tetap teruja kerana mahu capai satu pun bukannya senang. Ada orang, satu impiannya pun tidak menjadi kenyataan. Jadi, saya sepatutnya bersyukur tentang hal ini.

Pada tahun ini juga, saya telah merangka impian-impian baharu (kebanyakan impian adalah sama seperti impian tahun lalu). Yang membezakan impian tahun ini, hanya sepuluh sahaja kerana saya tidak mahulah kecewa berpanjangan pula seandainya impian itu tidak tercapai pada tahun ini. :3

Mahu tahu impian-impian itu? Hmm... tunggu entri akhir tahun inilah, ya. Nanti 31 Disember 2016, saya akan ceritakan dari A hingga Z berkenaan sepuluh impian 2016 ini. (kalau kebanyakan impian tidak tercapai, kemungkinan besar saya tidak akan beritahu langsung!) :3

Walau bagaimanapun, saya tetap berharap yang impian-impian tahun ini akan berjaya dicapai dengan jayanya. Insya-Allah. ;)

Eh, terlupa pula mahu beritahu! Selamat tahun baharu kepada semua yang membaca entri ini. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati-Nya sepanjang hayat. ^_^

Happy new year to all of you that already read this entry. ;)

Salam tahun baharu,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan