Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^
Seperti semua sedia maklum, hari ini bermulanya cuti persekolahan penggal akhir bagi tahun 2016 buat negeri-negeri tertentu, sebaliknya, negeri-negeri lain akan mula bercuti pada hari esok.
So, happy holiday, guys! Ke manakah cuti sekolah kali ini? Buat apa agak-agaknya? Bersama siapa, ya? Hoho, harapnya dapat merangsang minda dan mencekapkan fizikal, yakni aktiviti berfaedah. ;)
Sebenarnya, saya agak lega kerana sudah setahun saya mengharungi saat suka duka di alam persekolahan menengah! Huh, agak susah juga! Maklumlah, segalanya berubah 360 darjah, buatkan saya pening hendak menurutinya. Mujur tidak berpinar biji mata! :p
Banyak yang hendak saya ceritakan tentang apa yang saya lalui, apa yang saya belajar, apa yang saya suka, dan apa yang buat saya meluat. Maklumlah, terlampau banyak perkara yang saya lakukan pada tahun ini, sampai tidak sempat mengemas kini kesemuanya di blog. Jadi, saya rasa di entri inilah, saya akan khabarkan segalanya. ;)
Ha, untuk menyenangkan tugas saya (dan pembaca semua), saya akan nyatakannya berserta gambar bukti! Barulah seronok sedikit membaca. Rasa kemas, begitu! :3
|
Baru-baru ini (sebenarnya, sudah lama :p), kelas saya, 1 Ibnu Taimiah telah dijemput oleh guru kaunseling (yang dupanggil umi) untuk menyambut hari lahir kakitangan sekolah! Sebenarnya, sambutan itu berlangsung pada hari yang sama dengan program Minggu Bahasa (lihat entri ini). Jadi, terdapat beberapa orang pelajar yang terpaksa mengecualikan diri dek gilirannya untuk berpersembahan belum tiba lagi. Walaupun tidak dapat meraikan hari lahir kakitangan kesayangan, mereka tetap berpuas hati kerana berjaya meraih kemenangan dalam persembahan yang dipertunjukkan. :) |
|
Pengetua cemerlang SMKA Falahiah (yang kami sapanya sebagai walid) akan bersara tidak lama lagi, pada hari lahirnya dalam bulan Disember nanti. Pada hari Ahad yang lalu, telah diadakan majlis pesaraan beliau. Beliau ialah pengetua terbaik dalam legenda SMKA Falahiah. Beliaulah yang mengklusterkan sekolah ini, dan juga SMKA Wataniah di Machang. Jasa beliau wajarlah dikenang. Sesungguhnya, agak sebak dan haru keadaan dalam majlis itu. Berat sekali hendak melepaskan walid gemilang, tetapi usia tidak membenarkannya. :'( |
|
Sedikit lagi gambar pesaraan walid. Hey, look! That was me. :p |
|
Penghujung tahun semakin mendekati. Jadi, aktiviti paling wajib tentulah jamuan akhir tahun! 1 Ibnu Taimiah feast, here I come! ^_^ |
|
Selepas kenyang memenuhkan perut dengan juadah yang berkolesterol tinggi (selepas ini, kena dietlah nampaknya :3), inilah masanya untuk bergambar kenangan. Hehe, bersama guru kelas (juga guru Matematik, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganeraan), guru Geografi dan guru Information and Communications Technology Literature (ICTL). Geng-geng lelaki yang berkuantiti enam orang pun jangan dilupa! :) |
|
Ha, ini kompilasi gambar jamuan akhir tahun! Senyuman gembira memekar, maklumlah, hari ini sahaja dibenarkan membawa telefon! Ya, PK HEM memberikan kebenaran. :p |
|
Pejam celik, pejam celik, semalam ialah hari terakhir persekolahan bagi sesi 2016. Huhu, agak terkilan kerana tidak sempat bergambar rasmi bersama warga 1 Ibnu Taimiah (kerana ramai yang sibuk). Jadi, gambar kami berdua yang menggedik ini sahajalah dapat dipotretkan. :p |
|
Gambar pertama dan terakhir bersama Ain Hananni. Dia akan berpindah ke SMKA Lati pada tahun hadapan. Jadi, semua pun berebut hendak bergambar bersamanya. Saya tidak berebut, sebaliknya, dia yang hendak bergambar dengan saya. Oh, well. :p |
Okey, sudah tamat gambar-gambar perkara-perkara yang saya lalui. Seterusnya, gambar-gambar kenangan pula. Hehe, mohon setia membaca entri ini, ya. :3
|
Ha, inilah satu-satunya gambar warga 1 Ibnu Taimiah 2016 yang sempurna kedudukannya! Cuma, belum lagi lengkap ahlinya, kerana ketiadaan Siti Zaleha (gadis yang sudah berpindah tetapi datang kembali!), Aina Sofea (gadis periang yang mudah mesra, hari pertama lagi sudah bising!) dan Nadia Farhana (gadis Terengganu yang suka subjek Bahasa Inggeris). Huhu, insya-Allah, tahun hadapan, sekiranya masih sekelas, kita bergambar rasmi bersama-sama, ya? :) |
|
Okey, ini kenangan paling dirindui! Inilah bahan-bahan pembentangan Sejarah kelas saya yang berjaya memperoleh johan (boleh rujuk entri ini). Alhamdulillah, saya dibenarkan menyimpan kesemuanya di rumah. Oh, kenangan. :') |
|
Ini kek batik buatan Ain Hananni. Rasanya sedap! Terima kasih banyak-banyak. Jaga diri di sekolah baharu, ya. :D |
|
Baju kelas 1 Ibnu Taimiah 2016! Berbulan-bulan untuk siapkan ini. Harganya pula, memang mahal! Lawa atau tidak? Katakan lawa, ya! :p |
|
Lukisan oleh Izah, untuk hiasan kelas, Boleh tahan kacak juga saya dalam lukisan. Hoho, indah gambar daripada nyata. :3 |
Saya rasa, setakat ini sahajalah gambar-gambar yang dapat saya kongsikan. Saat hendak menaip entri ini, sebak pula dalam dada. Teringat rakan-rakan dan guru-guru, serta sekolah yang banyak berbakti kepada saya. Jika ada rezeki, kita jumpa lagi tahun hadapan, ya, semua? :')
Salam merindui sekolah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan