Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^
Salam bahasa itu indah,
Pada minggu yang lalu, Minggu Bahasa yang melibatkan tiga bahasa utama di sekolah saya, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab, telah dianjurkan. Program ini mengetengahkan pelajar-pelajar tingkatan satu, dua dan empat, memandangkan tingkatan tiga, lima dan enam akan menduduki peperiksaan penting tidak lama lagi.
Untuk pelajar tingkatan satu, pertandingan-pertandingan yang ditawarkan ialah:-
Bahasa Melayu - deklamasi sajak, bercerita dan mencipta pantun
Bahasa Inggeris - poem reciting, story telling, essay writing, explorace dan choral speaking
Bahasa Arab - melukis poster dan kuiz umum
Untuk pilihan bahasa Melayu, saya berminat untuk menyertai pertandingan bercerita. Siapa sangka, saya perlu menjadi peserta pertama untuk pertandingan ini! Dengan cerita yang masih ingat tidak ingat, maka keluar sahajalah apa yang terlintas dalam kepala. Alhamdulillah, dapat hadiah saguhati. Janji dapat! :p
Untuk pilihan bahasa Inggeris, saya langsung tidak menyangka bahawa saya akan menyertai pertandingan choral speaking. Oleh sebab itu, terpaksalah berlatih setiap petang, termasuklah pada hari minggu, kerana hanya dibekalkan selama seminggu sebelum pertandingan! Saya ingat lagi, saat-saat berlatih memang mengujakan kerana lawak yang tidak henti-henti menyeri suasana. Hoho, alhamdulillah, kumpulan choral speaking saya telah berjaya merangkul tempat kedua. ^_^
Atas sebab pelajar kelas saya telah berjaya mengharumkan nama kelas dalam berbagai-bagai pertandingan, maka terciptalah ucapan yang direka khas bagi menunjukkan kesyukuran kami. Yeah! 1 Ibnu Taimiah 2016 is the best! :D

Pertandingan bercerita. >_< Apapun, diucapkan seribu penghargaan kepada Nur Alia Irdina Rosdi yang telah membenarkan saya meminjam karyanya untuk dijadikan teks bercerita saya. Karyanya berjudul Sabarlah, Amira, dan telah dimuatkan dalam buku Tunas Super: Certot #2 Antologi Cerita Kontot: Sukan. Selain itu, Alia juga akan muncul dengan sebuah novel terbitan Tunas Super yang masih dalam pemilihan tajuk. Apabila sudah terbit dan berada di pasaran, akan saya uar-uarkan di blog ini dan pastikan beli, ya! ^_^ |
Untuk pilihan bahasa Melayu, saya berminat untuk menyertai pertandingan bercerita. Siapa sangka, saya perlu menjadi peserta pertama untuk pertandingan ini! Dengan cerita yang masih ingat tidak ingat, maka keluar sahajalah apa yang terlintas dalam kepala. Alhamdulillah, dapat hadiah saguhati. Janji dapat! :p
Choral speaking competition. >_< Sejujurnya, rasa bangga seketika kerana skrip yang digunakan ialah ciptaan dan rekaan saya. :3 |
Untuk pilihan bahasa Inggeris, saya langsung tidak menyangka bahawa saya akan menyertai pertandingan choral speaking. Oleh sebab itu, terpaksalah berlatih setiap petang, termasuklah pada hari minggu, kerana hanya dibekalkan selama seminggu sebelum pertandingan! Saya ingat lagi, saat-saat berlatih memang mengujakan kerana lawak yang tidak henti-henti menyeri suasana. Hoho, alhamdulillah, kumpulan choral speaking saya telah berjaya merangkul tempat kedua. ^_^
Alhamdulillah. ;) |
Atas sebab pelajar kelas saya telah berjaya mengharumkan nama kelas dalam berbagai-bagai pertandingan, maka terciptalah ucapan yang direka khas bagi menunjukkan kesyukuran kami. Yeah! 1 Ibnu Taimiah 2016 is the best! :D
Salam bahasa itu indah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan