Khamis, 26 Mei 2016

Perpisahan: Guru KHB

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Sejujurnya, ini merupakan antara hari yang paling sedih dalam hidup saya! Mungkin bukan yang tersedih, tetapi saya dapat klasifikasikannya sebagai yang teratas dalam carta hari dukacita. Hehe, sempat lagi saya reka kedudukan untuk perkara sebegini. :3

Pada hari ini, sekolah saya telah pun mengadakan sambutan hari guru. Tujuannya? Tentulah bagi menghargai jasa-jasa guru yang telah menabur bakti, mencurah ilmu, sepanjang persekolahan kita. Oh, pasti tidak dilupakan, selamat hari guru kepada semua tenaga pengajar yang telah mendidik saya (maaf kerana sudah terlambat sepuluh hari!). :)

Selain sambutan itu, hari ini juga ialah hari terakhir Cikgu Aida dan Cikgu Ima untuk menjejakkan kaki ke sekolah ini, sebagai seorang guru praktikal. Mereka berdualah yang membimbing saya dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, yang sejujurnya, saya langsung tidak minati! Bukan senang untuk mengubah minat seseorang, dan kini, saya mula berjinak-jinak dengan subjek sukar ini. :D

Namun begitu, segala kisah tidak semestinya berakhir bahagia, apatah lagi realiti sebenar yang terbentang di hadapan mata. Hmm... nampaknya, mereka berdua akan meninggalkan sekolah ini, termasuk semua murid dan kenangan yang tercipta di sini. Janganlah, cikgu! :'(

Sesungguhnya, saya agak hampa kerana tidak dapat memberikan apa-apa buat mereka, walaupun pada hari terakhir mereka. Jangankan berbentuk barang, yang tidak terlihat pun mustahil saya dapat serahkan. Hendak hadiahkan keputusan yang memberangsangkan pun angan-angan sahajalah, memandangkan markah saya turun mendadak dari A ke B. Kecewa benar! :(

Pemberian Cikgu Aida. :')

Tatkala saya segan tiada hadiah yang mampu dihulur, muncul rakan saya bersama sekeping penanda buku. Diserahkannya kepada saya sambil mengatakan ini titipan daripada Cikgu Aida. Beliau tidak sempat untuk berjumpa dengan saya, jadi, diwakilkan kepada rakan saya. Pada saat itu, rasa terharu dan malu mula hadir. Walaupun sekadar penanda buku, tetapi memberikan seribu makna yang hanya mampu dipendam. ._.

Berikut ialah gambar seribu erti, berkenangankan Cikgu Aida dan Cikgu Ima:-

Pertukangan, yang paling saya benci. >_<

Sesi pembentangan, yang paling saya suka. ;)

Masih ceria, tidak seperit sekarang. :(

Parahnya senyuman saya, sama tahap dengan kedukaan ini. :')

Apapun, saya mengharapkan segala yang terbaik buat cikgu berdua! Jangan lupakan kami! Nanti-nanti, datanglah lagi ke sekolah ini. Rindu hendak bertukang dengan cikgu. :')

Salam pertukangan,




Tiada ulasan:

Catat Ulasan