Jumaat, 6 Mei 2016

Pengalaman: PBAKL 16

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Seperti semua sedia maklum, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun ini sedang berlangsung sekarang! Saya sebagai ulat buku memang berkeinginan besar untuk menghadiri pesta besar-besaran itu. Namun begitu, selalunya, hasrat saya memang tidak akan tercapai. Kenapakah pula? Hello, I am Kelantanese and forever Kelantanese! Mustahillah sanggup mengembara jauh beratus-ratus kilometer semata-mata impian yang satu ini. :3

Walau bagaimanapun, pada tahun ini, alhamdulillah, saya mempunyai rezeki dan jodoh untuk ke PBAKL, buat kali kedua! Memandangkan saya ada program bersama PTS Tunas Super di PBAKL nanti (rujuk entri ini), saya dijemput hadir dan ayah saya pula telah membenarkannya kerana merasakan ini sebab yang logik dan munasabah. Syukur ke hadrat-Nya! ^_^

So, I am going to PBAKL, guys! PBAKL, wait for me! :D

Di sana, memang tidak dapat saya gambarkan keterujaannya. Bayangkan, peminat buku tegar dapat menjejakkan kaki ke syurga buku, bukankah itu nikmat? I am so excited at all! :)

Untuk memudahkan penceritaan saya, saya terangkan bersama gambar-gambar sahaja, ya. :3

Majlis Pelancaran Buku Tunas Super 2016! ^_^

Pada ketika ini, memang kedebaran saya berada pada tahap tertinggi! Berdiri di atas pentas sambil diperhatikan ratusan hadirin yang sibuk mengambil gambar kami? Namun begitu, segalanya berjalan dengan lancar. Memandangkan saya hanya perlu tersenyum, itu tugas mudah sahaja. Cuma pandangan setiap mata di hadapan menakutkan saya. :p

Sesi Borak Buku Bersama Penulis Tunas Super 2016! ^_^

Beberapa jam kemudian, terdapat sesi borak buku pula bersama penulis Tunas Super lain yang baru 'digraduasikan'. Oh! My God. I am so speechless to answer the questions from the host! Mujur bukan dibuat di atas pentas, kalau tidak, memang malu besar. Boleh menyesal seumur hidup. :3
Selesai sahaja majlis dan sesi tersebut, itu bermakna segalanya telah tamat! Now, I can shop till I drop! Boleh juga bertemu penulis yang hadir pada hari itu. Berikut gambar-gambarnya. ;)

Bersama Abang Khairil Kamarudin! ^_^

Ini ialah abang kuat Blink Book yang suka ber-'cia-cia-cia'! :p

Sejujurnya, abang ini yang mengajak saya bergambar. Oleh sebab itulah senyuman saya di atas memang sungguh tidak menawan! Tidak bersedialah kononnya. :3

Bersama Kak Ain Maisarah! ^_^

Ini sudah masuk kali kedua saya berjumpa beliau. Baru kali kedua tetapi siapa sangka, beliau ingat nama saya! Terharu rasa. Thanks, Kak Ain, for remembering me. :')

Sebenarnya, beliaulah penggerak hati saya untuk menulis novel. Dari usaha beliau selama ini (sehingga sekarang, sudah 85 buah buku beliau yang dijual di pasaran), saya terinspirasi untuk menulis novel sendiri. Jasamu dikenang, Kak Ain! :D

Bersama Abang Alam Anuar! ^_^

Oh, langsung tidak sangka dapat berjumpa beliau. Jadi, memang saya tidak bawalah kesemua novel yang beliau telah karang. Isy, kalau tidak, boleh dapatkan tandatangan pada buku! T____T

Bersama Kak Rashiela Nurain! ^_^

Okey, sejujurnya, ini akak paling istimewa pada hari itu. Sampai ke food court saya cari beliau, semata-mata mahukan tandatangan! Maklum sahajalah, saya bawa kesemua buku beliau bersama. Jadi, haruslah minta kesemua buku itu untuk ditandatangani. Berat bahu saya memikul beg berisi buku dari pagi lagi tetapi saya tetap gagahkan semangat semata-mata demi penulis kegemaran! :3

Bersama rakan dari Kolej Permata Insan di Nilai, Negeri Sembilan! ^_^

Sekejap! Ini bukan para penulis, ya (ada sesetengah mereka ialah penulis, tetapi bukan semua), tetapi ini kawan-kawan saya dari program Permata Insan. Namun begitu, saya tidak mengikuti mereka belajar di kolej yang ditetapkan, sebaliknya menyambung pelajaran di sekolah menengah di Kelantan sahaja. Sejak itu, kami telah terpisah antara satu sama lain (macam drama pula) tetapi tidak sangka pula dapat bertemu di sini. Thank you, friends!  :)

Jika di atas ialah gambar kenangan manis saya ketika di sana, di bawah pula gambar hasil belian dan apa yang saya dapat di sana. :3

Sijil penghargaan penulis Tunas Super 2016! ^_^

Hasil daripada berdebar, inilah yang saya dapat. Syukur, syukur! :3

Hasil belian PBAKL 16! ^_^

Rambang mata hendak memilih. Jadi, saya pun borong semua yang berkenan! Tidak tengok harga, tidak tengok apa-apa, saya sambar sahaja dan masukkan ke dalam bakul. :3

Birthday present from Kak Afiqah! ^_^

Ini hadiah hari lahir saya yang diberikan oleh Kak Afiqah. Walaupun sudah lepas, saya hargainya sangat-sangat. Biar lambat, asal selamat. :3

Apapun, marilah kita beli hasil karya akak ini iaitu Miss Shawlista dan PA Ekslusif dari siri Tunas Super. RM13 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah dan Sarawak) sahaja untuk sebuah! :D

My banner! ^_^

Ini kejutan paling saya tidak sangka. Tidak pernah pula terfikir dek akal yang saya dapat bawa pulang gegantung ini. Dapatlah dijadikan hiasan rumah. :3

Wah, banyaknya perkara yang dapat dijadikan pengalaman ketika PBAKL kali ini! Paling teruja tentulah hendak membaca buku-buku yang baru dibeli. ;)

Salam pesta buku,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan