Sabtu, 2 Januari 2016

Pendaftaran Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Pada pagi tadi, saya telah pun mendaftar di sekolah baharu saya yang akan menjadi sekolah menengah saya iaitu SMKA Falahiah yang terletak di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan. Dalam entri sebelum ini (boleh rujuk entri ini), saya telah pun memberitahu yang saya mendapat tawaran persekolahan di sekolah tersebut. Jadi, tugasan terakhir perlu mendaftar sahaja.

Ketika mendaftar, memang malu besar saya dibuatnya apabila ibu saya tidak henti-henti memberitahu guru kelas saya tentang saya. Dari A hingga Z, diceritakan oleh ibu saya. Kalau perkara baik-baik sahaja, tidak mengapa juga tetapi kadang-kadang diselitkan sedikit tentang kelemahan saya. Aduhai, bersabar sahajalah! :3

Selepas mendaftar, saya dan ibu saya duduk di kerusi yang disediakan bagi mendengar taklimat. Pelbagai perkara yang diberitahu oleh pemberi taklimat. Misalnya, tentang kehebatan sekolah dan peraturan sekolah itu. Paling buat saya kagum, daripada ramai yang memohon, hanya 422 sahaja yang layak ke sekolah itu tetapi hanya 200 lebih sahaja tempat kosong yang disediakan. Jadi, sesiapa yang dapat masuk ke sekolah itu merupakan pelajar-pelajar bertuah kerana telah melepasi pelbagai sesi saringan. Alhamdulillah.

Kemudian, pelajar-pelajar dibawa oleh guu kelas masing-masing bagi mengambil buku teks. Begitu terujanya saya apabila kesemua buku teks yang saya dapat merupakan buku teks baharu-baharu belaka. Seumur hidup saya, saya selalu mendapat buku teks lama yang telah digunakan melebihi lima pelajar. :'(

Sepatutnya, para pelajar dibawa ke kelas masing-masing oleh guru kelas tetapi oleh sebab masa agak suntuk, tidak jadilah pula. Jadi, setiap pelajar perlu mencari sendiri lokasi terletaknya kelas mereka ketika sesi persekolahan nanti. Mujur sahaja nama kelas telah diberitahu, jadi, senanglah sedikit mahu carinya besok. >_<

Setelah itu, para pelajar dibenarkan pulang (kecuali para pelajar yang mendapat tawaran asrama). Saya tidak dapat tawaran asrama, jadi, boleh terus pulang. Hore, seronoknya!

Logo SMKA Falahiah. :)

Dalam perjalanan pulang, terdetik dalam hati saya bahawa saya kini bukanlah pelajar SK Islah tetapi kini merupakan pelajar SMKA Falahiah. Secara rasminya, saya telah pun berstatus pelajar sekolah menengah. Alhamdulillah. ^_^

Salam sekolah baharu,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan