Rabu, 30 September 2015

My Cute Monster Doromi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Sebelum ini, saya telah pun membaca sebuah novel yang telah memberi pelbagai pengajaran kepada saya. Buku apa, ya? Kalau mahu tahu, judulnya ialah My Cute Monster Doromi yang ditulis oleh seorang penulis cilik bernama Adiba Imani dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan buku ternama iaitu PTS Tunas Super.

My Cute Monster Doromi
(Adiba Imani)

Badannya besar, berbulu ungu, dan bertaring tajam. Memakan apa sahaja, termasuk manusia! Semua orang takut akan raksasa itu, yang digelar Doromi. Namun begitu, mujurlah Doromi cuma kisah mitos. Doromi tidak pernah wujud.
Suatu malam, dua orang adik-beradik, iaitu Aiman dan Arinah diculik ketika sedang tidur. Apabila terjaga, mereka mendapati sekeliling mereka sangat aneh. Baru mereka sedar, rupa-rupanya yang menculik mereka ialah raksasa Doromi!
Ibu bapa Aiman dan Arina cemas apabila menyedari kedua-dua anak mereka hilang dari rumah dan tidak dapat dikesan. Pihak polis juga terlibat dalam usaha mencari. Seluruh bandar Limau menjadi kecoh.
Apakah Aiman dan Aiman akan selamar pulang ke pangkuan ibu bapa mereka?
Benarkah raksasa Doromi bengis dan memakan manusia seperti yang dikatakan?

Sesungguhnya, buku ini mengandungi pelbagai pengajaran yang patut kita ambil. Pengajaran yang paling utama, buku ini telah mengajar para pembaca erti kasih sayang antara manusia dan binatang. Lihat sahaja, Doromi sanggup bersusah payah demi Aiman dan Arinah, begitu juga Aiman dan Arinah yang berpenat lelah menghancurkan rancangan Doktor Kassim demi menyelamatkan Doromi. Berdasarkan kisah ini, kita haruslah menyayangi binatang dan haiwan kerana mereka juga mahu hidup seperti kita. Sejujurnya, perkara ini haruslah dititikberatkan oleh setiap manusia, lebih-lebih lagi pada zaman kini kerana kezaliman terhadap binatang semakin berleluasa. Tambahan pula, populasi binatang di dunia ini semakin lama semakin berkurang. Binatang yang dikenali sebagai haiwan terancam juga semakin bertambah bilangannya. Jadi, kita tidak sepatutnya berlaku kejam terhadap haiwan dan binatang. :)

Jadi, marilah kita sayangi binatang dengan menjaganya baik-baik tanpa sebarang kekejaman dan marilah juga kita membeli novel ini di kedai-kedai buku berhampiran dengan harga RM13 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah & Sarawak) atau beli sahaja secara atas talian di sini. ;)

Salam sayangi haiwan,



Khamis, 24 September 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Pada kesempatan yang ada ini, saya mahu mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam sedunia! ^_^

Semoga kita semua dapat bergembira sambil memakan sehingga kenyang hasil daging korban ketika hari raya kali ini (bukankah setiap tahun pun begitu juga? :3).

Peringatan penting saya mahu berikan, janganlah makan terlampau-lampau sangat sehingga mengalami cirit-birit dan sakit perut pada penghujung hari raya pula, ya. ;)

Apapun, semoga semua kekal gembira dan tenang, meskipun UPKK, PSRA, PT3 dan SPM makin menghampiri. :D

Salam raya,



Sabtu, 19 September 2015

Cuti Sekolah Bermula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Kini, kita sudah tiba pada musim cuti sekolah kembali! Hore, seronoknya! ^_^

Kepada semua calon UPKK, PT3 dan SPM 2015, saya harap kamu semua dapat menggunakan cuti kali ini dengan ulang kaji sebagai perkara utama. ;)

Apapun, semoga kita semua dapat memanfaatkan cuti kali ini dengan perkara-perkara yang berfaedah sahaja, ya, dan selamat bergembira! :D

Salam cuti sekolah,



Selasa, 15 September 2015

Hari Malaysia 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Wah, siapa sangka, esok sudah tiba Hari Malaysia! ^_^

Nampaknya, pada esok hari, sudah tiba tarikh penubuhan Malaysia yang telah disertai oleh Sabah dan Sarawak yang ke-52. Alhamdulillah, sudah 52 tahun kita bersama rakyat se-Malaysia berdiri dalam satu negara yang sama dan tenteram sentiasa. :)

Sebenarnya, guru saya ada menceritakan bahawa, pembentukan persekutuan baharu ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan hari pembentukan tersebut disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-6. Namun begitu, oleh sebab beberapa isu berkaitan bantahan daripada Indonesia dan Filipina untuk pembentukan ini, telah memperlambat pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan ini juga diperuntukkan bagi meminta pungutan suara di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga kata, pada asalnya, Hari Malaysia merupakan cuti am bagi negeri Sabah tetapi negeri lain sebaliknya. Namun begitu, mulai 2010, Hari Malaysia telah ditetapkan sebagai cuti am di semua negeri tidak kira di Borneo atau Semenanjung Malaysia. :)

Wah, nampaknya begitu banyak sejarah tentang negara kita yang saya tidak tahu! Nampaknya, saya perlu belajar bersungguh-sungguh bagi menyelidik tentang setiap fakta tentang negara tanah air tercinta kita ini. ^_^

Apapun, semoga kita sebagai rakyat Malaysia akan kekal bersama sepanjang hayat. ;)

Salam Hari Malaysia,



Sabtu, 12 September 2015

Mine

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Baru-baru ini, tatkala menghayati setiap lagu yang keluar dari corong radio, saya terpesona dengan satu lagu yang benar-benar menarik perhatian saya. Jadi, saya dengan semangat yang membara-bara segera menggunakan enjin carian terbaik iaitu Google bagi mencari lagu ini. >_<


Akhirnya. saya terjumpa dengan lagu tersebut. Judulnya ialah Mine nyanyian penyanyi antarabangsa Taylor Swift. Wah, patutlah lagu ini begitu menarik! Ini kerana, Taylor Swift memang dikenali sebagai penyanyi tersohor seluruh dunia. Antara lagu Taylor Swift yang telah mencuri minat rakyat Bumi ialah Blank Space, Shake It Off dan Bad Blood.

Kalau mahu tahu, lagu Mine ini sebenarnya sudah berusia 5 tahun (wah, lamanya!) dan buat saya kagum, walaupun sudah lama, lagu ini masih diminati oleh peminat-peminatnya sehingga kini. Berikut merupakan antara komen yang pernah diberikan oleh peminat-peminatnya.


Selain itu, yang buat saya kagum, video muzik bagi lagu ini yang telah dimuat naik di Youtube telah menerima jumlah tontonan melebihi 180 juta! Bukan calang-calang penyanyi yang dapat melebihi angka 1 juta, apatah lagi 100 juta. :)

Kepada yang mahu mendengar lagu ini, boleh tekan ini dan selamat mendengar, ya! Alang-alang mendengar, marilah berkaraoke dengan menggunakan lirik lagu tersebut yang saya telah taipkan di bawah ini. Selamat mendengar dan berkaraoke! ;)

_____________________________________________________
Lirik Lagu 'Mine - Taylor Swift'

Uh, oh, oh
Uh, oh, oh

You were in college working part time waiting tables
Left a small town, never looked back
I was a flight risk with a fear of fallin’
Wondering why we bother with love if it never lasts

I say, "Can you believe it?"
As we’re lying on the couch
The moment I can see it.
Yes, yes, I can see it now.

Do you remember, we were sitting there by the water?
You put your arm around me for the first time.
You made a rebel of a careless man’s careful daughter.
You are the best thing that’s ever been mine.

Flash forward and we’re taking on the world together,
And there’s a drawer of my things at your place.
You learn my secrets and you figure out why I’m guarded,
You say we’ll never make my parents’ mistakes.

But we got bills to pay,
We got nothing figured out,
When it was hard to take,
Yes, yes, this is what I thought about.

Do you remember, we were sitting there by the water?
You put your arm around me for the first time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine.

Do you remember all the city lights on the water?
You saw me start to believe for the first time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine.

Oh, oh, oh, oh

And I remember that fight
Two-thirty AM
As everything was slipping right out of our hands
I ran out crying and you followed me out into the street
Braced myself for the "Goodbye."
‘Cause that’s all I’ve ever known
Then you took me by surprise
You said, "I’ll never leave you alone."

You said, "I remember how we felt sitting by the water.
And every time I look at you, it’s like the first time.
I fell in love with a careless man’s careful daughter.
She is the best thing that’s ever been mine."

Hold on, make it last
Hold on, never turn back

You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine.

(Hold on) do you believe it?
(Hold on) we're gonna make it now.
(Hold on) and I can see it,
(Yes, yes) I can see it now (see it now, see it now)

_____________________________________________________

Salam lagu,



Khamis, 10 September 2015

UPSR: Hari Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Akhirnya, UPSR telah tiba juga pada hari yang terakhir iaitu hari penamat kepada kesengsaraan seluruh murid tahun 6 2015.

Pada hari ini, dimulakan dengan kertas soalan Sains. Untuk kedua-dua bahagian, memang boleh diklasifikasikan sebagai sukar. Memang susah betul saya mahu mencari jawapan antara A, B, C dan D. Apatah lagi mahu menulis bait-bait perkataan yang tidak pasti benar atau tidak untuk bahagian B yang pastinya lebih mencabar. Pada tahun ini, untuk bahagian B, keluar lima tajuk yang tidak disangka iaitu topik pencemaran, topik kelajuan, topik pengaratan, topik buruj dan juga topik teknologi. Dalam kelima-lima tajuk ini, saya yakin lagi pasti bahawa topik teknologi adalah yang paling senang, berbanding tajuk-tajuk lain. >_<

Kemudiannya, diteruskan pula dengan Bahasa Inggeris (Kertas 1). Alhamdulillah, soalan untuk subjek ini agak senang dan hanya beberapa soalan yang agak keliru untuk mencari jawapan sebenar. Tetapi dapat juga menjawab dengan tenang. :)

Selepas itu, Bahasa Inggeris (Kertas 2) pula yang menyusul. Pada UPSR kali ini, bahagian A menampilkan imej di rumah kampung yang bersebelahan dengan pokok rambutan manakala bahagian B pula memberi tiga pilihan permainan yang harus dipilih untuk disertai sempena Hari Kanak-kanak. Bahagian C pula, memberikan empat gambar yang menceritakan tentang seorang budak perempuan yang telah ditimpa malang sepanjang perjalanannya ke sekolah. Walaupun agak sukar untuk menulis karangan untuk bahagian C tersebut, saya tetap berusaha untuk membina ceritanya walaupun tiada isi yang banyak. :(

Akhir sekali, ujian aptitud yang mengakhiri UPSR pada hari ini. Untuk ujian ini, saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana akhirnya, kami semua selaku murid tahun 6 telah pun merdeka. Yay!

Apa-apapun, kepada calon-calon PT3 dan SPM 2015, semoga berjaya untuk peperiksaan tersebut, ya. ;)

Salam merdeka,



Rabu, 9 September 2015

UPSR: Hari Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Nampaknya, UPSR sudah tiba pada hari yang kedua (>_<) tetapi jangan risau, hari ini semua hanya menjawab kertas soalan Matematik (Kertas 1) sahaja (tambahan, Bahasa Cina: Pemahaman dan Bahasa Cina: Penulisan [untuk pelajar SJKC] atau Bahasa Tamil: Pemahaman dan Bahasa Tamil: Penulisan [untuk murid SJKT]). :)

Untuk soalan Matematik kali ini, boleh dikatakan agak senang. Namun begitu, terdapatlah juga soalan yang agak sukar. Tetapi, dapat juga saya jawab dengan tenang. Alhamdulillah! ^_^

Namun begitu, janganlah lupa bahawa esok merupakan ujian untuk subjek yang boleh dianggap sebagai subjek pembunuh kerana subjek-subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Sains ini kebiasaannya menjadi penyebab pelajar mendapat 4A 1B atau 3A 2B. Jadi, berhati-hatilah, ya, lebih-lebih lagi calon UPSR 2015! ;)

Semoga semua dapat berjaya dengan cemerlang. :D

Salam UPSR,



Selasa, 8 September 2015

UPSR: Hari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Pasti semua sudah sedia maklum bahawa tarikh 8 September 2015, Selasa iaitu hari ini ialah tarikh yang telah diisytiharkan sebagai tarikh pertama untuk menjawab soalan UPSR bagi murid-murid yang berada dalam tahun 6, bukan? Jika tidak tahu, nampak sungguh bahawa kamu ini seorang yang langsung tidak prihatin akan isu semasa! >_<

Sebagai seorang murid tahun 6, seperti pelajar-pelajar lain, saya telah mengambil ujian tersebut pada hari ini. Pada hari ini, terdapat 3 kertas soalan yang harus dijawab iaitu Bahasa Melayu: Pemahaman, Bahasa Melayu: Penulisan dan Matematik (Kertas 2).

Seperti hampir semua calon UPSR di Malaysia ini, sudah tentu sekali saya berdebar ketakutan tatkala mahu menjawab satu demi satu soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan. Ini kerana, kata cikgu, 1 markah pun penting kerana boleh membezakan antara kolam A dan kolam B. Contohnya, 79% dan 80%. Walaupun hanya perbezaan 1 markah, tetapi tetap dikategorikan sebagai gred yang berbeza. Jadi, jangan main-main! Jawab betul-betul! ;)

Dimulakan dengan kertas soalan Bahasa Melayu: Pemahaman, soalannya, boleh tahan senang dan boleh tahan sukar. Dalam kertas itu, boleh dibahagikan 60 peratus mudah dan 40 peratus, kerik kerik, perlu berfikir terlebih dahulu. Namun begitu, hanya 2 soalan sahaja yang menjadi kesukaran saya sehinggakan terpaksa meninggalkan soalan itu terlebih dahulu dan melompat ke soalan seterusnya agar tidak membazir masa. Walau bagaimanapun, kedua-dua soalan itu dapat juga dijawab dengan ketidakpastian yang tinggi. :(

Kemudian, selepas rehat, diteruskan pula dengan kertas soalan Bahasa Melayu: Penulisan. Untuk bahagian A dan bahagian B, amat mudah sekali untuk menjawabnya. Gambar untuk bahagian A mujurlah hanya gambar tunggal yang menerangkan aktiviti gotong-royong bagi mengadakan suatu majlis. Pilihan soalan untuk bahagian B pun agak mudah untuk dibuat iaitu karangan berbentuk cerita, karangan fakta dan karangan berformat iaitu laporan. Daripada ketiga-tiga pilihan soalan itu, saya memilih karangan fakta (Kebaikan Menonton Televisyen) kerana saya agak yakin dapat membina karangan lengkap tentang tajuk ini. Namun begitu, untuk Bahagian C, agak menyedihkan. Sungguh sukar sekali untuk mencari nilai murni dalam petikan syarahan yang diberikan. Bukan setakat mahu cari lima, mahu cari satu pun perlu baca petikan dua dan tiga kali. Aduhai, payahnya! Walau bagaimanapun, tetap juga dapat disudahkan bahagian itu dengan hati yang tidak yakin. :(

Selepas itu, bermulalah peperiksaan Matematik (Kertas 2). Soalan yang terkandung dalam kertas soalan itu agaklah senang! Sesenang kacang! Alhamdulillah, dapat juga jumpa soalan yang dapat dijawab dengan yakin! ^_^

Kemudiannya, selepas seharian menjawab ujian, kami semua dibenarkan pulang. Yay! Terasa merdeka walaupun masih lagi berbaki empat kertas untuk hari esok dan lusa. :3

Apa-apapun, semoga saya dan semua calon UPSR 2015 dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan Matematik (Kertas 1) besok. ;)

Salam UPSR,



Jumaat, 4 September 2015

8, 9 & 10 September 2015!

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Aduhai, saya langsung tidak menyangka bahawa tarikh untuk UPSR jatuh pada minggu hadapan! Saya rasa, kenapa masa begitu cepat berlalu? Saya rasa baru tempoh hari saya berjalan kegembiraan ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Namun begitu, kini, sudah tiba juga bulan September yang sering diiiktiraf sebagai bulan UPSR se-Malaysia. >_<

Biarlah masa yang terlampau cepat seakan-akan merupakan atlet larian handalan dunia, apa yang penting, kepada setiap calon UPSR 2015 dan juga diri saya, kita haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan menentukan kedudukan kita di sekolah menengah nanti, ya. ;)


Apa-apapun, semoga kita semua dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan UPSR dengan tenang. Semoga kita semua mendapat 5A! ^_^

Salam hari kemerdekaan Malaysia ke-58 dan hari kesengsaraan UPSR,