Selasa, 15 September 2015

Hari Malaysia 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^


Wah, siapa sangka, esok sudah tiba Hari Malaysia! ^_^

Nampaknya, pada esok hari, sudah tiba tarikh penubuhan Malaysia yang telah disertai oleh Sabah dan Sarawak yang ke-52. Alhamdulillah, sudah 52 tahun kita bersama rakyat se-Malaysia berdiri dalam satu negara yang sama dan tenteram sentiasa. :)

Sebenarnya, guru saya ada menceritakan bahawa, pembentukan persekutuan baharu ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan hari pembentukan tersebut disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-6. Namun begitu, oleh sebab beberapa isu berkaitan bantahan daripada Indonesia dan Filipina untuk pembentukan ini, telah memperlambat pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan ini juga diperuntukkan bagi meminta pungutan suara di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga kata, pada asalnya, Hari Malaysia merupakan cuti am bagi negeri Sabah tetapi negeri lain sebaliknya. Namun begitu, mulai 2010, Hari Malaysia telah ditetapkan sebagai cuti am di semua negeri tidak kira di Borneo atau Semenanjung Malaysia. :)

Wah, nampaknya begitu banyak sejarah tentang negara kita yang saya tidak tahu! Nampaknya, saya perlu belajar bersungguh-sungguh bagi menyelidik tentang setiap fakta tentang negara tanah air tercinta kita ini. ^_^

Apapun, semoga kita sebagai rakyat Malaysia akan kekal bersama sepanjang hayat. ;)

Salam Hari Malaysia,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan