Ahad, 30 Ogos 2015

Arrogant Girl

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Baru-baru ini, saya baru sahaja menamatkan pembacaan sebuah novel yang agak menarik. Judulnya Arrogant Girl hasil karya Nur Ayuni. :)

Arrogant Girl
(Nur Ayuni)

Sikapnya yang sombong membuatkan Wanie dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya. Ibu bapanya juga tidak mampu menahan sabar dengan kedegilan Wanie. Akhirnya, ayah Wanie menghantarnya ke kampung untuk didisiplinkan oleh datuknya yang garang. Wanie terpaksa menurut kerana tidak berani membantah cakap ayahnya.  Di kampung, Wanie berkenalan dengan Diya. Dari hari ke hari perhubungan mereka semakin rapat sehinggalah Diya membongkarkan suatu rahsia yang akhirnya mengubah sikap Wanie 100 peratus. Apakah yang membuatkan Wanie berubah sikap? Apakah pula rahsia Diya?

Buat pengetahuan semua, penceritaan dalam novel ini memang sungguh unik. Kisahnya ditulis santai sahaja. Lagipun, kisah dan mesej yang ingin disampaikan dalam novel ini memang menepati apa yang berlaku sekarang tidak kira di Malaysia ataupun di luar negara. Ini kerana, novel ini mengisahkan seorang gadis berusia 10 tahun bernama Wanie yang memang sombong dan hidung tinggi. Sudahlah sombong, degil dan keras kepala lagi. Dia sentiasa merasakan dirinya yang terbaik dan itu membuatkan dia sentiasa membantah kata ibu bapanya lalu hidupnya hanyalah mengangkat tinggi kepalanya tanda meninggi diri.

Lebih menarik, oleh sebab kesombongannya itu, pelbagai kejadian yang telah berlaku dalam hidup Wanie lalu memakan dirinya. Perkara apa, ya? Sila dapatkan novel ini segera di pasaran dengan harga RM13 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah & Sarawak) ataupun lebih senang dengan membelinya secara atas talian menggunakan laman sesawang ini untuk ketahuinya! ;)

Jadi, tunggu apa lagi? Marilah dapatkan sekarang novel Arrogant Girl tulisan usaha penat lelah novelis Nur Ayuni yang baru sahaja berusia 13 tahun! Marilah membelinya dengan mendapat dua keuntungan; menyokong karya novelis muda dan mendapat keriangan ketika membaca. ;)

Salam jangan bersikap sombong,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan