Ahad, 30 Ogos 2015

Arrogant Girl

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Baru-baru ini, saya baru sahaja menamatkan pembacaan sebuah novel yang agak menarik. Judulnya Arrogant Girl hasil karya Nur Ayuni. :)

Arrogant Girl
(Nur Ayuni)

Sikapnya yang sombong membuatkan Wanie dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya. Ibu bapanya juga tidak mampu menahan sabar dengan kedegilan Wanie. Akhirnya, ayah Wanie menghantarnya ke kampung untuk didisiplinkan oleh datuknya yang garang. Wanie terpaksa menurut kerana tidak berani membantah cakap ayahnya.  Di kampung, Wanie berkenalan dengan Diya. Dari hari ke hari perhubungan mereka semakin rapat sehinggalah Diya membongkarkan suatu rahsia yang akhirnya mengubah sikap Wanie 100 peratus. Apakah yang membuatkan Wanie berubah sikap? Apakah pula rahsia Diya?

Buat pengetahuan semua, penceritaan dalam novel ini memang sungguh unik. Kisahnya ditulis santai sahaja. Lagipun, kisah dan mesej yang ingin disampaikan dalam novel ini memang menepati apa yang berlaku sekarang tidak kira di Malaysia ataupun di luar negara. Ini kerana, novel ini mengisahkan seorang gadis berusia 10 tahun bernama Wanie yang memang sombong dan hidung tinggi. Sudahlah sombong, degil dan keras kepala lagi. Dia sentiasa merasakan dirinya yang terbaik dan itu membuatkan dia sentiasa membantah kata ibu bapanya lalu hidupnya hanyalah mengangkat tinggi kepalanya tanda meninggi diri.

Lebih menarik, oleh sebab kesombongannya itu, pelbagai kejadian yang telah berlaku dalam hidup Wanie lalu memakan dirinya. Perkara apa, ya? Sila dapatkan novel ini segera di pasaran dengan harga RM13 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah & Sarawak) ataupun lebih senang dengan membelinya secara atas talian menggunakan laman sesawang ini untuk ketahuinya! ;)

Jadi, tunggu apa lagi? Marilah dapatkan sekarang novel Arrogant Girl tulisan usaha penat lelah novelis Nur Ayuni yang baru sahaja berusia 13 tahun! Marilah membelinya dengan mendapat dua keuntungan; menyokong karya novelis muda dan mendapat keriangan ketika membaca. ;)

Salam jangan bersikap sombong,



Jumaat, 7 Ogos 2015

Tunas Super

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Pada masa ini, saya ingin memperkenalkan kepada kalian semua pada novel-novel bersiri tulisan penulis-penulis cilik yang masih di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah sambil menikmati nasi lemak pedas cili padi yang penuh berapi masakan mak cik kantin yang boleh diiktirafkan sebagai pakar. Novel-novel karya penulis tersebut itu dikenali sebagai siri Tunas Super. :)

Logo siri Tunas Super. ^_^

Sebenarnya, jika difikirkan secara logik, mana mungkin seorang kanak-kanak mampu menghasilkan sebuah novel ataupun lebih yang melebihi 100 muka surat sedangkan mereka sendiri masih lagi belajar untuk merangka ayat-ayat dalam perenggan karangan yang masih lagi penuh dengan kesilapan dari segi ejaan, tatabahasa dan tanda baca.

Namun begitu, semua itu tidak mustahil dengan keinginan yang mendalam. Ya, setiap pelajar bertekad dan berazam dengan gigih bagi menyudahkan penulisan novel mereka sehinggalah akhirnya karangan dalam komputer riba telah difizikalkan menjadi sebuah buku yang dapat dipegang serta dipeluk.

Apa-apapun, karya-karya penulis muda yang dikenali sebagai Tunas Super telah dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun lepas berlokasi di PWTC sempena PBAKL 2014. Seramai 10 penulis muda telah diberi penghargaan atas usaha mereka. Juga diberi penghargaan ialah pihak yang telah bertanggungjawab dalam menjayakannya iaitu PTS Media Group, yang juga menjadi penerbit buku karya penulis muda tersebut.

Sehingga hari ini, buku-buku dalam siri Tunas Super berjumlah 29 buah, seramai 24 orang penulis. Buku-buku tersebut adalah seperti berikut.

_____________________________________________________

Miss K-Pop
(Nur Izzati)

Aleena seorang gadis yang ceria, tetapi kuat berangan. Aleena sangat meminati Hyuna, artis popular Korea. Demi menunaikan impiannya, dia sanggup melakukan apa sahaja tetapi pergerakannya terbatas kerana dia masih bersekolah. Disebabkan terlalu obses dengan K-Pop, Aleena gagal dalam pelajaran. Ayahnya menetapkan syarat, sekiranya ingin bercuti di Korea, dia perlu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Suatu hari, Aleena mencuba nasib dengan menyertai peraduan Mi Ramyun yang menawarkan hadiah percutian di Korea. Ikuti perjalanan Aleena dalam menghadapi setiap cabaran dalam Miss K-Pop.

_____________________________________________________

Allysia Fantasia
(Wan Nur Shafiqah)

Allysia terperangkap di Alam Fantasia. Ketika berada di alam itu, ada misi yang perlu Allysia laksanakan! Dalam tempoh tujuh hari, Allysia perlu menyelamatkan tujuh pari-pari pelangi yang disembunyikan di tempat yang berasingan oleh Tuan Salman Salji. Lala dan Zack turut sama membantu Allysia menjejak kesemua pari-pari yang disembunyikan. Sekiranya mereka tidak dapat menemui semua pari-pari itu, Allysia akan terperangkap selama-lamanya di alam itu dan tidak boleh kembali dunia asalnya. Sememangnya Alam Fantasia penuh dengan cabaran dan kejutan yang memberi kesan kepada Allysia.

_____________________________________________________

Super Detective Go!
(Nur Sakinah)

Hidup Encik Hairi sekeluarga terganggu kerana ugutan yang diterima oleh Mat Ugut. Mat Ugut mahu Encik Hairi memberi duit kepadanya dalam jumlah yang banyak. Disebabkan tidak berasa tenang, Encik Hairi mendapatkan bantuan daripada dua orang detektif terkenal, iaitu Detektif Salman dan Detektif Nabila. Disebabkan kebijakan dan kelincahan kedua-dua detektif itu, akhirnya Mat Ugut berjaya dikesan dan ditangkap. Kemudian, muncul pula individu yang bergelar Mat Huruf yang turut mengganggu kehidupan Encik Hairi. Boleh dikatakan, Mat Huruf bertindak lebih kejam daripada Mat Ugut. Setiap hari, ada sahaja yang menjadi mangsa tembakan Mat Huruf. Detektif Salman dan Detektih Nabila berusaha merungkai segala rahsia dan motif sebenar perbuatan Mat Ugut bertindak sedemikian kepada Encik Hairi sekeluarga. Super Detective Go! akan merungkaikan segala rahsia itu!

_____________________________________________________

Miss Fashionista
(Farrah Hana)

Izara Ariesaya begitu meminati bidang fesyen. Rakan baiknya, Sofia dan Jeamy juga meminati fesyen, sama seperti Izara. Di kolej, mereka belajar bersama dan sentiasa menghasilkan rekaan-rekaan terkini. Namun, Wana dan Zizi, senring muncul bagi membuat onar dengan merosakkan rekaan-rekaan yang dihasilkan oleh Izara.
Suatu hari, Izara, Jeamy, dan Sofia mendapat tawaran bagi mengikut projek Runaway yang dianjurkan din Korea. Mereka bertiga berasa sungguh gembira kerana terpilih. Namun, kegembiraan mereka tersekat kerana musuh utama Izara, iaitu Wana dan Zizi turut terpilih bagi menyertai projek itu.
Palbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa dilalui oleh Izara dalam mengejar impiannya.

_____________________________________________________

Innocent Girl
(Qistina Balqis)

Qaseh adalah seorang gadis yang cerdik, peramah, dan mempunyai ramai kawan. Disebalik sifat periang, dia menyimpan seribu duka dalam hati. Qaseh perlu berhadapan dengan karenah Datin Rosmah, nenek yang disayanginya. Datin Rosmah tidak menyukai Qaseh. Namun, disebabkan Qaseh menyayangi neneknya, dia terus bersabar. Dapatkah Qaseh membuat Datin Rosmah menyayanginya? Adakah Datin Rosmah menerima kehadiran Qaseh dalam hidupnya dengan hati yang terbuka? Ketahuilah jawapannya dalam novel ini!

_____________________________________________________

Hero Merah Merah Delima
(Sarah Sofia)

Jika dilihat daripada luar, Benjamin sama sahaja seperti manusia biasa. Namun, di sebaliknya penampilannya yang biasa-biasa itu, dia mempunyai satu kuasa istimewa yang tidak diketahui oleh orang lain. 
Cikgu Zain Saidun, seorang guru sains yang mempunyai kepakaran mencipta peralatan sains yang canggih. Dia dan Firhath bersama-sama membanteras kegiatan jenayah di Taman Merah-Merah Delima. 
Kemunculan kumpulan J.U.S. memporak-perandakan Taman Merah-Merah Delima yang selama ini aman damai tanpa sebarang gangguan jenayah. Perkara ini membangkitkan kemarahan Firhat dan dia bertekad mahu mengembalikan semula keamanan Taman Hero Merah-Merah Delima.

_____________________________________________________

Misi 5 Kuasa
(Shyarina Assir)

Hana tidak pernah menyedari yang dia mempunyai satu kuasa istimewa. Dia hanya tahu berkenaan kuasa yang dimilikinya itu melalui surat yang ditinggalkan oleh ayahnya sebelum meninggal dunia. Bermula hari itu, Hana menjejak seorang demi seorang yang memiliki kuasa, sama seperti dirinya. Namun, itu bukan satu tugas mudah. Apatah lagi, pada usianya yang masih belasan tahun. Hana terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji ketahanan dirinya. Kemunculan Ariana mencemaskan Hana. Ariana mengetahui kuasa yang dimiliki Hana sehingga membuatkan Hana tidak selesa dengan keadaan itu.

_____________________________________________________

Cupcake Girl
(Aizatul Aisya)

Aisya peminat tegar cupcake. Pantang disua, matanya pasti bersinar galak dan tidak sabar mahu merasa keenakan cupcake. Ibunya juga turut sama meminati cupcake, sama seperti Aisya. Mereka berdua memilih Kedai Cupcake Bakery sebagai lokasi meluangkan  masa hujung minggu mereka. 
Suatu hari, Aisya dikejutkan dengan berita pemergian ibunya. Aisya sungguh terasa dengan pemergian ibunya. Kini, tiada lagi yang akan berkongsi minat bersama Aisya. Mujur ada Sarah dan Syikin yang sentiasa menjadi peneman. Terubat juga kesedihan hati Aisya.
Disebabkan terlalu rindu dengan ibunya, Aisya mahu menghasilkan cupcake kegemaran ibunya. Dia mengharapkan Kak Siti, pemilik Kedai Cupcake Bakery sudi mengajarnya membuat cupcake. Namun begitu, Aisya dikejutkan pula dengan berita Cupcake Bakery kebakaran kerana litar pintas.

_____________________________________________________

Diva vs Superstar
(Intan Nurfarahin)

Adlina dan Damia sering tidak sefahaman sejak mula hari pertama perkenalan mereka. Ada sahaja yang tidak kena pada mata masing-masing. Lebih-lebih lagi Damia, yang memang suka mengganggu hidup Adlina. Dia bagaikan tidak senang duduk selagi tidak membuat kacau terhadap Adlina dan rakan-rakannya. 
Damia mencabar Adlina menyertai pertandingan Ria Superstar. Pada mulanya Adlina tidak mahu melayan kerenah Damia. Namun, disebabkan sikap Damia yang tidak sudah-sudah membuat provokasi terhadap dirinya, Adlina akhirnya menyahut cabaran Damia. 
Ketika pertandingan, Damia cuba melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Adlina. Namun begitu, niat jahatnya itu tidak kesampaian.

_____________________________________________________

My Friend My Enemy
(Intan Nurfarhana)

Permusuhan antara Amanda dan Hafiza bermula sejak hari pertama Hafiza dipindahkan di sekolah Amanda. Amanda seorang pelajar cerdik dan sering mengharumkan nama sekolah. Namun, selepas kemunculan Hafiza, Amanda seakan tenggelam daripada populariti di sekolahnya. Amanda kemudian merancang beberapa strategi jahat bagi mengenakan Hafiza. Walau bagaimanapun, Hafiza tetap bersabar dengan segala tingkah laku Amanda dan tidak pernah sesekali menyerangnya.

_____________________________________________________

Miss Shawlista
(Nur Afiqah)

Syaf memang gemar berfesyen, lebih-lebih lagi fesyen hijab. Dia mempunyai koleksi tudung dan selendang sehingga penuh almari di rumahnya. Pantang ada jualan murah, pasti dia akan sampai ke situ. Tetapi yang peliknya, Syaf tidak pula bertudung.
Suatu hari, Syaf bergaduh dengan dengan seorang gadis di dalam sebuah butik kerana berebutkan tudung. Sejak hari itu, gadis bernama Dania itu mula menyimpan dendam terhadap Syaf.
Atas dorongan rakannya, Aisyah dan kakaknya, Syara, Syaf nekad menyertai pertandingan Hijabista. Dania turut menyertai pertandingan itu. Pada hari pertandingan, Dania cuba mensabotaj Syaf dengan menyorokkan tudung-tudung Syaf.
Apakah yang akan terjadi kepada Syaf? Adakah Syaf akan kekal bertudung dan menjadi Muslimah sejati?

_____________________________________________________

Paris vs Seoul
(Helysa Asni)

Airysa keliru dalam membuat keputusan bagi melaksanakan isi tahunannya. Mujur Maisarah, sahabat baiknya dengan pantas mencadangkan lokasi yang sesuai kepada Airysa, iaitu Paris dan Korea.
Sepanjang perjalanan ke Paris dan Korea, ada sahaja halangan yang menimpa Airysa.
- Bagasi tertinggal di dalam teksi
- Tersilap mengetuk pintu rumah
- Beg duit dan kad ATM tertinggal ketika pulang ke Malaysia
- Terlepas penerbangan
Pertembungan dengan Adam Shariel menimbulkan rasa jengkel di hati Airysa. Setiap kali berjumpa, ada sahaja perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di hatinya. Tanpa Airysa sedar, lelaki asing itu sebenarnya mempunyai kaitan yang amat rapat dengannya. Siapakah sebenarnya Adam Shariel?

_____________________________________________________

My Cute Monster Doromi
(Adiba Imani)

Badannya besar, berbulu ungu, dan bertaring tajam. Memakan apa sahaja, termasuk manusia! Semua orang takut akan raksasa itu, yang digelar Doromi. Namun begitu, mujurlah cuma kisah mitos. Doromi tidak pernah wujud.
Suatu malam, dua orang adik-beradik, iaitu Aiman dan Arinah diculik ketika sedang tidur. Apabila terjaga, mereka mendapati sekeliling mereka sangat aneh. Baru mereka sedar, rupa-rupanya yang menculik mereka ialah raksasa Doromi!
Ibu bapa Aiman dan Arina cemas apabila menyedari kedua-dua anak mereka hilang dari rumah dan tidak dapat dikesan. Pihak polis juga terlibat dalam usaha mencari. Seluruh bandar Limau menjadi kecoh.
Apakah Aiman dan Aiman akan selamar pulang ke pangkuan ibu bapa mereka?
Benarkah raksasa Doromi bengis dan memakan manusia seperti yang dikatakan?

_____________________________________________________

Hana Super Starz
(Shyarina Assir)

The Starz ialah kumpulan muzik terkenal di Korea. Selaku ketua kumpulan, Minha sentiasa cuba memberikan yang terbaik. Namun, tiba-tiba Young dan Honey ingin keluar dari kumpulan The Starz. Minha dan ahli-ahli lain tertekan dengan tindakan Young dan Honey.
Suatu hari, Se Na, kakak Minha terlepas cakap dan mengatakan Minha ialah anak angkat. Sedih dengan kenyataan itu, Minha keluar rumah dan tinggal di asrama The Starz. Sejak mengetahui dirinya anak angkat, Minha cuba menyiasat sendiri latar belakangnya. Dengan bantuan Jie Jie, Minha mengupah penyiasat persendirian.
Minha akhirnya mendapat tahu yang nama sebenarnya adalah Sarahana Diana dan dia mempunyai kuasa bayang.
Apakah yang terjadi selepas Minha tahu identiti sebenarnya? Bagaimanakah pula dengan nasib The Starz?

_____________________________________________________

Miss Diva London
(Helysa Asni)

Demi memenuhi impian ke Kota London, Miranda menyahut cabaran rakan-rakannya dengan menyertai pertandingan melukis rekaan baju. Miranda menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dia pandai melukis.
Semakin hampir hari pertandingan, Miranda mula kalut mencari jalan supaya dia tidak perlu menyertai pertandingan itu. Namun, perancangannya tidak menjadi.
Ketika pertandingan berlangsung, sebuah lukisan tiba-tiba tercicir dan Miranda menghantar lukisan itu dengan menggunakan namanya. Siapa sangka, Miranda diumumkan sebagai pemenang utama dan memenangi hadiah percutian ke London! Lebih hebat, dia ditawarkan pekerjaan oleh Michele Angg, pereka fesyen terkenal.
Adakah penipuan Miranda akan terbongkar?
Dapatkah impiannya menjejakkan kaki ke London menjadi kenyataan?

_____________________________________________________

Miss K-Pop - Transfer Student
(Nur Izzati)

Program Pertukaran Pelajar Korea-Malaysia membuatkan Aleena teruja. Lebih-lebih lagi dia terpilih sebagai mentor kepada pelajar Korea, Lee Jong Kook. Antara aktiviti yang dijalankan melawat negeri Melaka. Sebagai mentor, Aleena mencuba yang terbaik membantu Lee dan pelajar-pelajar Korea yang lain mengenali Malaysia.
Suatu hari, ketika mahu menaiki bas, tiba-tiba Aleena dan Lee diculik! Keadaan menjadi kelam-kabut. Meskipun ramai yang cuba menolong, namun penculik itu bertindak lebih pantas dengan membawa lari Aleena dan Lee sehingga tidak dapat dikesan.

Bagaimanakah nasib Aleena dan Lee? Masihkah ada sinar untuk mereka berdua bebas daripada penculik itu?

_____________________________________________________

Misi Magika
(Azim Hakimi)

Tiga sekawan, iaitu​ Izhar, Faiz, dan Areesya disedut​ masuk ke Alam Magika dengan tiba-tiba​. Di sana, mereka hampir menerima hukuman daripada Raja Bling-Bling kerana dituduh menculik Ring-Ring. Raja Bling-Bling memberikan satu syarat sekiranya mereka mahu terlepas daripada hukuman itu. Mereka perlu mencari 5 Bola Mutiara Magika Elemen yang sebenarnya adalah Hero Magika yang terkena sumpahan bayang Ratu Marina sewaktu peperangan magik.
Adakah mereka akan berjaya mencari kelima-lima Bola Elemen ​itu ataupun hukuman Raja Bling-Bling yang menanti mereka?
Siapakah pula Ratu Marina yang sebenarnya?​

_____________________________________________________

Clash of Crown
(Farhan Hakimi)

Apabila Panglima Hanafiah diculik oleh Kerajaan Kestantis, anaknya yang masih remaja, iaitu Khaled bertekad untuk menyelamatkan ayahnya. Tetapi, untuk menembusi benteng Kerajaan Kestantis bukan mudah. Khaled perlu menjadi seorang panglima kepada Empayar Al-Azwar seperti ayahnya!
Perang besar antara Empayar Al-Azwar dan Kerajaan Kestantis akan meletus. Mampukah Khaled menjadi Panglima Empayar Al-Azwar dan menyelamatkan ayahnya? Dapatkah Empayar Al-Azwar mengalahkan Kerajaan Kestantis?

_____________________________________________________

Pocket Time
(Nur Erisha)

Demi mendapatkan semula seutas jam poket antik daripada kedai pajak, Edrina dan Hanna bertungkus lumus bekerja sambilan di butik dan pusat mencuci kereta walaupun mereka masih lagi bersekolah. Malangnya, apabila wang yang dikumpul sudah mencukupi, jam poket antik itu sudah pun dibeli orang. Tetapi, mereka tidak berputus asa. Jam poket antik itu mesti didapatkan. Edrina dan Hanna akan mencari pembeli jam itu hingga ke lubang cacing sekalipun! Mengapakah jam poket antik itu begitu penting?

_____________________________________________________

Robo Rider
(Muhammad Hazim Tarmizi)

Azri nyaris-nyaris kemalangan dengan sebuah lori. Entah bagaimana, motosikal yang dimenanginya dalam pertandingan permainan video tiba-tiba berubah bentuk dan membalut tubuhnya. Dia terus bertukar menjadi robot dengan tulisan Robo Rider tertera pada tangannya. Sejak itu, Azri merasakan dia seperti sedang diekori dan ada pihak yang mahu mencuri motosikalnya. Apakah rahsia Robo Rider? Siapakah yang ingin mendapatkan motosikal hebat itu? Adakah nyawa Azri dalam bahaya?

_____________________________________________________

Annyeonghaseyo!
(Farrah Hani)

Empat sekawan, Hariry, Umai, Hanna, dan Lyla amat meminati lagu K-Pop. Mereka mengimpikan memiliki kumpulan tarian sendiri dan melawat negara Korea. Suatu hari, Hariry terpandang poster pertandingan K-Pop Dance Battle Festival yang akan dianjurkan dan hadiah utamanya adalah melancong ke Korea. Ini ialah peluang buat mereka! 
Namun, Amanda, bekas kawan baik Hariry mencemburui mereka. Amanda mencuba sedaya upaya untuk menggagalkan rancangan Hariry dan kawan-kawannya. Mengapakah Amanda yang dahulunya bersahabat baik dengan Hariry boleh berubah hati? Adakah cita-cita Hariry dan kawan-kawannya untuk menjejakkan kaki ke Korea tercapai?

_____________________________________________________

Fairies of Carina
(Farrah Hana)

Joana ialah puteri tunggal kepada Encik Zulkiflie dan Puan Emma. Kematian Encik Zulkiflie menyingkap rahsia keturunan Joana. Siapa sangka, dia benar-benar seorang puteri! Kedatangan Viola dan Cindy, dua pari-pari membawa misi menyelamatkan Carina daripada si Melician yang jahat. Joana perlu membantu Viola dan Cindy menewaskan Melician sekali gus menunaikan hasrat terakhir ayahnya.
Siapakah Melician sebenarnya? Adakah Joana dan kawan-kawannya berjaya menyelamatkan Carina?

_____________________________________________________

Beautiful Tiara
(Hilmah Alifah)

Tiara yang merupakan lambang kekuasaan negara Fantasia dan menjadi kesayangan Puteri Eryna telah dicuri! Pencuri itu berjaya melepaskan diri dengan masuk ke dalam cermin ajaib yang menjadi penghubung dimensi. Puteri Eryna tiada jalan lain, dia dan naganya mesti mengejar pencuri itu dan mendapatkan kembali tiara kerajaannya, ataupun kerajaannya akan musnah!
Puteri Eryna dan naganya, Sparkle tercampak di hadapan sebuah sekolah. Demi meneruskan misi mencari pencuri tiaranya, Putery Eryna terpaksa menyamar menjadi pelajar di sekolah itu. Bermulalah detik hidup Puteri Eryna sebagai seorang pelajar.
Mampukah seorang puteri sepertinya menjalani hidup seperti remaja biasa?
Berjayakah Puteri Eryna mendapatkan kembali tiara kerajaannya dan menangkap pencurinya sebelum segala-galanya terlambat?

_____________________________________________________

Me and My Perfect Robot
(Izzah Azzyati)

Lisa sangat meminati robot sehingga dia digelar tomboy. Walau bagaimanapun, mama dan papa Lisa iaitu Datin Laila dan Datuk Shahriman tidak bersetuju dengan minat anak gadisnya itu. Lisa berasa agak terkilan, namun dia menerimanya sebagai cabaran!
Lisa sangat mengimpikan sebuah bilik yang bertemakan robotik. Dia mahukan segala-galanya berkaitan dengan robot kerana impiannya adalah untuk berjaya dalam bidang robotik. FR merupakan sebuah robot yang bakal dicipta oleh Lisa.
Namun begitu, mampukah Lisa menciptanya?

_____________________________________________________

Alisa di Fantasyland
(Aisha Iman)

Penemuan satu pintu misteri membawa Alisa ke dunia Fantasyland. Ketika berada di dunia itu, Alisa perlu menyelesaikan satu misi penting bagi menyelamatkan Fantasyland daripada dirampas oleh Raja Firqan yang tamak kuasa. Penculikan rakan-rakan Alisa semakin menambah kekusutan dan menyukarkan misi. Alisa perlu segera bertindak menewaskan Raja Firqan. Berjayakah Alisa menewaskan Raja Firqan? Bagaimanakah pula dengan nasib Fantasyland?

_____________________________________________________

B.O.T - Robot Dalam Poket
(Ahmad Nabil Musyiri)

Basri, Arif, dan Sofia terjatuh ke dunia baharu. Mereka bertemu robot masa hadapan, iaitu Bot ketika mencari Fazli yang hilang. Menariknya, Bot ialah robot kecil yang keluar dari dalam poket jaket Basri, namun Bot semakin membesar apabila Basri mengaktifkan butang pada badan Bot. Dalam misi mencari Fazli, mereka perlu memasuki portal yang hanya terbuka pada waktu tertentu. Sekiranya mereka tidak berkesempatan memasuki portal itu, mereka tidak boleh kembali ke dunia nyata.  Mereka perlu melalui pelbagai halangan. Pada halangan terakhir, sesuatu berlaku kepada Bot apabila dia bertemu dengan Tuan Bayang. Adakah Basri, Arif, dan Sofia berjaya menjejaki Fazli? Siapakah pula Bot yang sebenarnya?

_____________________________________________________

S.P.Y. Junior
(Farrah Hani)

Nazmi dan Zafri baru sahaja menjadi rakan sekelas. Disebabkan sikap Zafri yang peramah, mereka menjadi sahabat baik. Namun begitu, segalanya berubah apabila Nazmi dan Zafri menjumpai sebuah pintu besi rahsia di dalam perpustakaan mini. Kehadiran seorang wanita yang bernama Dayana mula mengubah hidup Nazmi. Identiti sebenar Encik Zainal pula membuatkan Nazmi dan Zafri bagaikan bermimpi. Mereka perlu menentang rancangan jahat Dayana yang mahu menguasai dunia. Siapakah Dayana? Apakah rancangan jahat wanita itu?
_____________________________________________________

Arrogant Girl
(Nur Ayuni)

Sikapnya yang sombong membuatkan Wanie dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya. Ibu bapanya juga tidak mampu menahan sabar dengan kedegilan Wanie. Akhirnya, ayah Wanie menghantarnya ke kampung untuk didisiplinkan oleh datuknya yang garang. Wanie terpaksa menurut kerana tidak berani membantah cakap ayahnya.  Di kampung, Wanie berkenalan dengan Diya. Dari hari ke hari perhubungan mereka semakin rapat sehinggalah Diya membongkarkan suatu rahsia yang akhirnya mengubah sikap Wanie 100 peratus. Apakah yang membuatkan Wanie berubah sikap? Apakah pula rahsia Diya?

_____________________________________________________

My King My Hero
(Komalaa)

Raja Mozibo bersemayam di dalam istana Yalama. Selama ini, baginda menyangkakan negaranya aman damai dan tenteram. Namun, berita ngeri yang dibawa sahabat baginda pada hari keputeraannya membuatkan Raja Mozibo terdorong untuk menyiasat. Lalu, baginda bersama-sama pengawalnya, Haseef, meninggalkan istana dan menyamar menjadi orang kampung. Semasa dalam penyamaran itu mereka terjumpa dengan seorang gadis bernama Hani. Setelah mendengar cerita daripada Hani, barulah Raja Mozibo menyedari menteri-menteri yang dipercayainya selama ini yang menjadi duri dalam daging kerajaan Yalama. Lebih mengejutkan, Raja Mozibo mengetahui perdana menterinya mahu merampas kuasa dan membunuh baginda! Dapatkah Raja Mozibo mempertahankan takhta dan nyawa baginda?

_____________________________________________________

Wah, rajin betul dua dozen penulis ini! Saya sendiri walaupun seusia dengan mereka semua, sebuah novel pun belum pernah lagi diterbitkan. Jadi, kita semua patut bangga dengan pencapaian mereka ini. Kita juga patut kagumi setiap usaha gigih mereka kerana bukan senang mereka mahu menulis beribu-ribu patah perkataan dan beratus-ratus perenggan. Saya sendiri diminta menulis karangan enam perenggan pun sudah boleh lelah. Apatah lagi mengarang yang sampai beratus-ratus ini, apatah lagi beribu. ;)

Kepada yang membaca entri ini, janganlah pula dengki dan cemburu kepada mereka semua ini, ya. Sebenarnya, kita ini pun mampu melakukannya. Bagaimanakah caranya? Semuanya telah dimaklumkan di akaun Facebook yang bernama PTS Tunas Super.


Wah, lihat sendiri! Nampaknya, syarikat PTS Media Group dan PTS Tunas Super bukan sahaja membuka peluang keemasan ini kepada pelajar-pelajar terpilih sahaja, bahkan semua rakyat Malaysia yang masih bergelar seorang murid di bangku sekolah rendah. Tiba-tiba rasa diberi penghormatan pula. :3

Apa-apapun, jika mahu menerbitkan karya sendiri agar dapat berdiri sebaris dengan penulis-penulis cilik itu, cubalah karang sebuah novel mulai sekarang. Kemudiannya, e-melkanlah kepada ptsone@pts.com.my. ;)

Walau bagaimanapun, kepada yang mahu membeli novel-novel Tunas Super yang telah diterbitkan itu, boleh dapatkannya di kedai-kedai buku seluruh Malaysia dengan harga RM13 sebuah untuk Semenanjung Malaysia dan RM15 untuk negeri sebelah borneo. Jika mahu lebih menyenangkan, boleh terus beli secara atas talian iaitu menggunakan laman sesawang ini. Selamat membeli! ^_^

Kepada semua yang membaca entri ini, marilah kita bersama-sama menyokong hasil karya penulis-penulis cilik ini dengan membeli novel-novel mereka. Penat-penat mereka tulis novel, tetapi tidak mendapat sambutan. Walaupun itu ialah adat kehidupan, tetapi sokonglah karya mereka, ya.

Apa-apapun, selamat menulis novel, membeli novel dan membacanya! ;)

Salam bakal penulis cilik,