Isnin, 29 Ogos 2016

Projek: Pembentangan Sejarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Pada tiga minggu yang lalu, guru Sejarah kelas kami telah mewujudkan kelainan yang amat mengejutkan! Siapa sahajalah yang menyangka bahawa markah Sejarah kami pada peperiksaan akhir tahun nanti akan ditentukan juga berdasarkan pembentangan kami! Maka, muncullah bantahan dan bangkangan daripada kami sekelas. Namun begitu, yang pasti menang tentulah guru kami. She always win. >_<

Mahu tidak mahu, kami terpaksalah melakukan pembentangan berdasarkan bab 7 (Usaha Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka) dalam kumpulan yang telah dibahagikan kepada tiga, satu kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. Paling tertekan, ini haruslah dipersembahkan pada minggu hadapan. -,-

Dipendekkan cerita, ketiga-tiga kumpulan berjaya menyudahkan bahan berserta dengan pembentangannya pada minggu yang ditetapkan. Namun begitu, langsung tidak terjangka, kumpulan lelaki terpaksa membuat kembali pembentangan ini. Kenapakah pula? Gara-gara tidak puas hati cikgu terhadap cara pembentangan dan bahan yang kami persembahkan. :'(

Pada minggu seterusnya, guru Sejarah mengkhabarkan bahawa kumpulan lelaki terpaksa bergerak secara individu dalam pembentangan semula ini, dengan topik dalam bab 8 (Kerajaan Negeri-negeri Melayu). Terkejut itu memang terkejut tetapi saya sudah tawar hati untuk memprotes, sebaliknya hanya reda dengan ketentuan ini. :3

Entah kenapa, untuk pembentangan secara individu ini, saya memilih kerajaan Kedah yang merupakan kerajaan yang tua, sedangkan negeri kelahiran sendiri iaitu Kelantan masih belum dipilih. Hehe, rindu akan kampung barangkali. >_<

Thanks to my father for buying the needed things, my mother for drawing Kedah blazon, my second sister for colouring Kedah flag, and especially, my first sister for writing and decorating it. :D

Bahan-bahan untuk pembentangan ini saya siapkan dalam masa lingkungan empat hari, iaitu pada hari Khamis hingga Ahad. Pada keesokan harinya iaitu hari ini, kami akan mempersembahkan pembentangan ini secara individu. Kalut juga saya pada malam terakhir itu. Hoho, itulah, buat kerja saat akhir lagi! >_<

Pada pagi sebelum pembentangan itu, rasa semangat ada kerana kononnya, rasa yang diri sendiri ini yang paling cantik. Oh, perasan sungguh diriku! :p

Namun begitu, selepas melihat hasil kerja rakan-rakan yang lain, berdebar pun ada. Maklumlah, yang saya punya, mungkin cantik (mungkin ditekankan!) tetapi maklumat yang terkandung tidaklah banyak. Itu tidak dicampur lagi dengan cara pembentangan saya. Entah-entah, boleh dihumban masuk ke Laut China Selatan. :3

Walau bagaimanapun, ketika pembentangan, saya beraksi penuh gagap tetapi saya biarkan sahaja. Teruskan sahaja pembentangan dan yakin pada diri sendiri. Alhamdulillah, guru nampak berpuas hati. Rakan-rakan pula mempersoalkan tentang bahan-bahan saya yang langsung tidak nampak seperti hasil kerja seorang lelaki, Hoho, saya ada orang dalam! :3

Selepas pembentangan saya, memang rasa lega yang amatlah, tidak segemuruh tadi. Hendak tonton pembentangan rakan pun tenang sahaja rasa, laksana sungai mengalir. Yes! I have done it. ^_^

Sayang sungguh, hanya dua pembentangan sahaja yang sempat dipertunjukkan pada hari ini. Empat pembentangan lagi akan dilakukan pada minggu seterusnya. Nampaknya, empat orang rakan saya yang lain itu masih berdebar, sebaliknya saya sudah seriang kanak-kanak Ribena! Hehe, kejam betuls saya. Mentang-mentanglah sudah siap. Hoho, gembiranya! :p

Salam penuh kelegaan,



Ahad, 7 Ogos 2016

Minggu Bahasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Pada minggu yang lalu, Minggu Bahasa yang melibatkan tiga bahasa utama di sekolah saya, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab, telah dianjurkan. Program ini mengetengahkan pelajar-pelajar tingkatan satu, dua dan empat, memandangkan tingkatan tiga, lima dan enam akan menduduki peperiksaan penting tidak lama lagi.

Untuk pelajar tingkatan satu, pertandingan-pertandingan yang ditawarkan ialah:-

Bahasa Melayu - deklamasi sajak, bercerita dan mencipta pantun
Bahasa Inggeris - poem reciting, story telling, essay writing, explorace dan choral speaking
Bahasa Arab - melukis poster dan kuiz umum

Pertandingan bercerita. >_<

Apapun, diucapkan seribu penghargaan kepada Nur Alia Irdina Rosdi yang telah membenarkan saya meminjam karyanya untuk dijadikan teks bercerita saya. Karyanya berjudul Sabarlah, Amira, dan telah dimuatkan dalam buku Tunas Super: Certot #2 Antologi Cerita Kontot: Sukan. Selain itu, Alia juga akan muncul dengan sebuah novel terbitan Tunas Super yang masih dalam pemilihan tajuk. Apabila sudah terbit dan berada di pasaran, akan saya uar-uarkan di blog ini dan pastikan beli, ya! ^_^

Untuk pilihan bahasa Melayu, saya berminat untuk menyertai pertandingan bercerita. Siapa sangka, saya perlu menjadi peserta pertama untuk pertandingan ini! Dengan cerita yang masih ingat tidak ingat, maka keluar sahajalah apa yang terlintas dalam kepala. Alhamdulillah, dapat hadiah saguhati. Janji dapat! :p

Choral speaking competition. >_<

Sejujurnya, rasa bangga seketika kerana skrip yang digunakan ialah ciptaan dan rekaan saya. :3

Untuk pilihan bahasa Inggeris, saya langsung tidak menyangka bahawa saya akan menyertai pertandingan choral speaking. Oleh sebab itu, terpaksalah berlatih setiap petang, termasuklah pada hari minggu, kerana hanya dibekalkan selama seminggu sebelum pertandingan! Saya ingat lagi, saat-saat berlatih memang mengujakan kerana lawak yang tidak henti-henti menyeri suasana. Hoho, alhamdulillah, kumpulan choral speaking saya telah berjaya merangkul tempat kedua. ^_^

Alhamdulillah. ;)

Atas sebab pelajar kelas saya telah berjaya mengharumkan nama kelas dalam berbagai-bagai pertandingan, maka terciptalah ucapan yang direka khas bagi menunjukkan kesyukuran kami. Yeah1 Ibnu Taimiah 2016 is the best! :D

Salam bahasa itu indah,