Khamis, 21 April 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

My banner. :D

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (PBAKL 2016) akan berlangsung kurang daripada sepuluh hari sahaja lagi. Marilah hadir untuk memeriahkan acara yang julung-julung kalinya diadakan ini. :)

Kepada yang masih belum memiliki novel sulung saya, Miss Blogger, boleh dapatkannya di sana. Jangan risau, stok akan sentiasa diperbaharui. Jadi, tidak perlu risau jika terdatang lambat sekalipun. :3

Seterusnya, jika berkesempatan, pada hari Khamis, 5 Mei 2016, datanglah ke PBAKL 2016 kerana akan diadakan Majlis Pelancaran Tunas Super 2016 pada tarikh tersebut. Saya juga akan menghadiri majlis itu, memandangkan novel saya juga tersenarai untuk dilancarkan. ^_^

Apapun, pendek kata, marilah datang ke acara ini. Jika mahu hadir, pastikan ingat maklumat ini:
- Bermula Jumaat, 29 April 2016 hingga Isnin, 9 Mei 2016 (selama 11 hari)
- Diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
- Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 petang pada hari Isnin hingga Khamis
- Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat hingga Ahad dan pada cuti umum

Semoga kita dapat berjumpa di sana. ;)

Salam pesta buku,



Selasa, 19 April 2016

Miss Blogger: Cetakan Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^

Wah, terujanya saya hendak menulis entri kali ini! Cuba teka kenapa. Hehe, kalau lihat tajuk pun sudah dapat teka apa yang saya terujakan kali ini. :3

Bukti kegembiraan saya. ^_^

Namun begitu, ingin saya sampaikan secara rasmi bahawa novel sulung saya, Miss Blogger telah pun memasuki cetakan yang kedua sebanyak 2000 buah lagi. Ini juga membawa makna bahawa cetakan pertamanya yang sebanyak 5000 buah telah hampir kehabisan stok. Alhamdulillah, saya amat-amat bersyukur apabila mengetahui berita gembira ini. :D

Apapun, kepada yang masih belum memiliki novel Miss Blogger, boleh dapatkannya di mana-mana kedai buku berdekatan dengan harga RM13 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah dan Sarawak). Jika malas hendak bergerak keluar ke kedai buku, boleh sahaja beli secara dalam talian di sini. ;)

Salam cetakan kedua,