Assalamualaikum dan salam sejahtera! ^_^
Hore, dianugerahkan kesempatan masa lagi! ;) |
Wah, nampaknya, bulan yang dinanti sejak setahun yang lalu telah kunjung tiba! Satu-satunya bulan yang membawa keberkatakan, menjemput manfaat dan segala kebaikan. Alhamdullilah, diberi peluang lagi kita untuk bertemu dengan saat ini lagi. :D
Sebenarnya, tahukah kita apa itu Ramadan? Hoho, marilah kita berkenalan dengan bulan Ramadan yang kerap kali diagung-agungkan ini. :)
_______________________________________________________________________
Ramadan? Apakah itu Ramadan? Jangan tertukar dengan selebriti Indonesia yang membintangi drama Cinta Kirana, Nia Ramadhani itu pula!
_______________________________________________________________________
Ramadan? Apakah itu Ramadan? Jangan tertukar dengan selebriti Indonesia yang membintangi drama Cinta Kirana, Nia Ramadhani itu pula!
Ramadan merupakan salah
satu bulan dalam kalendar Hijrah ataupun juga dikenali sebagai kalendar Islam.
Seperti kalendar Masihi, kalendar Hijrah juga mempunyai 12 bulan dan Ramadan
ini merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah.
Ramadan juga dikenali sebagai
bulan puasa. Kenapakah bulan puasa? Ini kerana, pada bulan itu, semua umat
Islam dikehendaki berpuasa! Berpuasa selama sebulan suntuk, melainkan ada
sebab-musabab yang membolehkan diri untuk tidak berpuasa (tetapi tetap perlu
ganti juga).
Apa? Mati? Isy, tidak
matilah berpuasa! Selama ini, tidak pernah pula terpapar berita pada surat
khabar yang menyatakan ada kematian dek berpuasa. Lagi menyihatkan tubuh badan
adalah. Tidak percaya, ya? Cuba lihat kajian-kajian di bawah!
---------------------------------------------------------------------------------------------------
KEBAIKAN
BERPUASA DARI SUDUT SAINS
Para
penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik
dan racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem
imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor
dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan
penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati
pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif
kepada ubat-ubat moden. Puasa juga bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan
melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam
ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak
dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu
kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Oleh sebab itulah apabila kita makan
sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh
pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah
tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan
memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Dr.
Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap
penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan
seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan
sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa
orang yang rajin berpuasa memperoleh skor dan markah yang jauh lebih tinggi
dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa
juga insya-Allah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa
bertemakan ‘Kesihatan dan Ramadan’ telah diadakan di Casablanca, Morocco pada
tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih
kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu
mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.
Kesimpulan kongres itulah yang menekankan empat fadilat berpuasa dari sudut
kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah
dan berat badan.
Sedangkan
dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami
masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di
dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, disebabkan sindrom
metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu glukos darah tinggi, tekanan
darah tinggi, lipid darah tinggi dan lebih berat badan atau obesiti. Dengan
hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan
dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah
penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits
seorang doktor Arab mengatakan, “Yang banyak membunuh manusia, sebenarnya
disebabkan manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam
perut dicerna.”
Dr.
Alexis Carel, seorang doktor antarabangsa dan pernah memperoleh penghargaan dan
hadiah Nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa
dapat membersihkan pernafasan.
Puasa
dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh kerana perut yang sentiasa
bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu.
Ketika berpuasa itulah, perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk
bekerja kemudiannya.
Sama
juga seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk
sentiasa berjalan tanpa henti. Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi
membolehkannya berjalan lancar dan tanpa gangguan. Begitu jua dengan tubuh
manusia yang amat kompleks daripada kereta di mana amat perlu diservis biarpun
hanya setahun sekali selama sebulan, malah lebih baik sekiranya diservis setiap
bulan dengan berpuasa. Wallahu’alam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Lihat, puasa juga membawa
kebaikan dari sudut kesihatan! Selain itu, kepada yang inginkan tubuh badan
yang langsing, marilah berpuasa! Dapat berdiet di samping mendapat pahala.
Namun begitu, jangan berdiet sampai menjadi pesakit anoreksia dan bulimia! Itu
bahaya, menjejaskan kesihatan lagi!
Sebut tentang puasa,
seperti dikatakan tadi, kita semua sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa
melainkan ada sebab yang tidak dapat dielakkan. Apakah sebab itu? Mari kita
pelajarinya!
Golongan orang yang tidak
boleh berpuasa ini terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah golongan yang
diharuskan kepadanya untuk berpuasa Contohnya,
orang yang sakit, orang yang bermusafir, orang tua yang berada dalam keadaan
lemah, dan wanita hamil serta menyusui anak. Keempat-empat mereka ini boleh
membuat pilihan sama ada untuk terus berpuasa ataupun tidak.
Yang kedua pula ialah
golongan yang wajib tidak berpuasa. Misalnya, wanita yang keluar darah haid dan
nifas. Jadi, kalau ternampak ibu ataupun kakak sedap-sedap menjamah nasi pada
waktu tengah hari bulan Ramadan, jangan sesuka hati kata mereka ponteng puasa,
ya! Segala yang berlaku mesti ada alasan di sebaliknya.
Satu lagi golongan yang
wajib yang tidak berpuasa iaitu orang yang khuatir jika dia
berpuasa, dirinya akan mati. Sekejap, sekejap, ya! Janganlah pula kita
berpendirian sebegitu semata-mata hendak tidak wajib berpuasa. Bukankah disebut
di atas tadi yang puasa ini ada pelbagai kebaikan? Jadi, marilah berpuasa,
tidak rugi apapun!
Selain berpuasa, terdapat
pelbagai lagi amalan lain yang hanya dapat dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.
Sebagai contoh, solat tarawih iaitu solat sunat yang dilakukan selepas solat
Isyak, dan zakat fitrah yang dikeluarkan khusus pada bulan ini sahaja (atau
paling lambat sebelum selesai solat sunat hari raya Aidilfitri) bagi yang
berkemampuan.
Di samping itu, terdapat
pelbagai lagi keistimewaan bulan puasa. Antaranya, pada bulan inilah,
diturunkan al-Quran melalui perantaraan antara Malaikat Jibril dan Rasulullah
daripada Allah. Kejadian ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan (dan
dikenali sebagai Nuzul al-Quran). Sejak peristiwa inilah, al-Quran diturunkan
secara beransur-ansur.
Terdapat juga malam
Lailatul Qadar yang didamba semua umat Islam. Berdasarkan surah al-Qadr, malam
Lailatul Qadar dikhabarkan lebih baik daripada seribu bulan! Semua begitu
terkejar-kejarkan kelebihan yang satu ini tetapi malang sekali, saat pasti
berlakunya malam ini tidak diketahui oleh sesiapa. Namun begitu, beberapa
riwayat menyebut yang malam ini akan jatuh pada salah satu malam pada 10 malam
terakhir Ramadan. Meskipun dirahsiakan, ini akan memupuk semangat rajin
beribadat dalam diri umat Islam, khususnya pada 10 malam terakhir bulan
tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting
yang juga berlaku pada bulan Ramadan adalah seperti pembukaan kota Mekah (10
Ramadan 8 Hijrah) dan Perang Badar (17 Ramadan 2 Hijah). Begitu istimewanya
bulan Ramadan sampaikan pelbagai kejadian yang selalu dikenangi umat Islam
terjadi pada bulan itu.
Oleh sebab pelbagai perkara
unik yang ada pada bulan Ramadan, bulan ini digelar bulan yang paling suci dan
mulia dalam kalendar. Juga dipanggil sebegitu kerana pada bulan itu, pintu
syurga dan pengampunan dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka pula ditutup
serapat-rapatnya dan syaitan dibelenggu! Wah, baguslah!
Meskipun begitu, masih
ramai manusia yang membuat dosa pada bulan suci ini walaupun tiada syaitan yang
menghasut. Kenapakah pula? Ini kerana, apabila syaitan sudah tiada, hawa nafsu
kita pula yang akan mengambil alih tugas syaitan! Jadi, berhati-hati, ya, semua.
Jangan jadi mangsa nafsu tetapi biarlah nafsu yang terseksa apabila kita tidak
mengendahkan godaannya!
Kesimpulannya, marilah kita
beribadat sebanyak mungkin pada bulan penuh barakah ini. Kekalkan yang wajib,
gandakan yang sunat, elakkan yang makruh dan haram! Itulah tip senang untuk
berjaya pada bulan ini.
_______________________________________________________________________
Ha, dengar itu! :p
Salam meraih pahala,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan